SALEEM IKLIM TINGGAL KENANGAN
Vokalis band IKLIM yang terkenal era 90-an, Saleem meninggal dunia setelah kemalangan jalan raya, motosikal yang ditunggangi beliau dilanggar dari arah belakang ketika keluar membeli barang.
Kejadian berlaku berhampiran dengan rumah beliau, di bandar Mahkota Cheras sebelum di bawa ke Hospital Kajang.Saleem dikatakan sempat mengalami koma setelah kemalangan.
Impak kemalangan tersebut, 12 tulang ruusk beliau patah dan dipercayai salah satunya tertusuk ke bahagian paru-parunya. Justeru, saleem dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) untuk susulan lanjut.
Ketika itu, Julia Isteri saleem, telah memberitahu keadaan Saleem semakin stabil namun enggan mengulas lanjut.Namun, 14 Oktober 2018, saleem dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah hampir sebulan koma.
Post a Comment