Header Ads

Seni Mengambil Selfie Sempurna dengan Vivo V11/V11i


Bila sebut je pasal selfie, pasti ada dalam kalangan kawan korang yang gila selfie - pergi mana-mana je asal ada view cantik, mesti keluarkan fon dan selfie. DAN bila kita singgah Facebook dan Instagram, dua-dua penuh dengan selfie diaorang. Tapi rasanya bukan gambar selfie diaorang je kan? Korang pun sama kan? 
Selfie ni satu fenomena, mungkin sudah jadi satu budaya. Semua orang gila nak ambil selfie dan upload kat media sosial mereka. Semua orang nak memiliki telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera yang berkualiti. Malah, ada dalam kalangan kita yang betul-betul serius hingga sanggup buat apa-apa untuk mendapatkan selfie sempurna.
Bagi korang yang nak jadi pro dalam bab selfie ni, senang je. Anda tak perlu berbelanja banyak untuk beli makeup mahal-mahal, style rambut untuk kelihatan cantik atau pergi luar negara semata-mata nak dapatkan latar selfie yang indah.
Apa yang anda perlukan, hanyalah beberapa tool yang mudah didapati dan yang paling penting, telefon pintar Vivo V11 atau V11i.
Jom kita tengok tool pertama!

Tool 1

Nak hasilkan gambar macam ni tapi korang tak tahu nak buat macam mana? Dan korang pasti ingat untuk dapat kesan khas seperti ini perlu ada skill mengedit gambar yang hebat kan?
Jangan risau sebab awak hanya perlu beberapa tools je. Korang hanya perlukan Kaca Penutup Bingkai Gambar, Tangkai Daun dan Ais. Jangan lupa, Vivo V11 atau V11i kena ada juga.
Mula-mula, cari sebuah ruang sempurna yang membolehkan anda mengambil gambar dengan cantik. Lepas itu, set up Kaca Penutup Bingkai Gambar. Pastikan korang sediakan sedikit ruang pada bahagian bawah sebab nanti korang kena baring di bawahnya.
Seterusnya, letak ais di atas Kaca Penutup Bingkai Gambar. Susun ais untuk mendapatkan corak yang diingini. Biarkan ais tu cair sedikit untuk mendapatkan kesan yang cantik pada gambar. Jangan lupa pastikan ada ruang kosong sedikit di tengah-tengah kaca penutup tu untuk muka korang.
Kemudian, dengan menggunakan Vivo V11 atau V11i, pastikan anda buka lampu LED atau lampu flash pada kamera belakang. Gelapkan ruang bilik dan baring di bawah Kaca Penutup Bingkai Gambar. Jika korang nak gambar yang lebih menarik, tambah je tangkai daun bersama-sama ais dan hasilnya memang amat menawan. Macam gambar di bawah.

Korang boleh tonton video ni untuk faham dengan lebih lanjut. 


Tool 2
Korang pasti pernah lihat gambar dengan kesan pelangi di media sosial dan teringin nak ambil gambar macam tu kan? Jangan risau, ViVo ada penyelesaiannya. Tengok gambar di bawah ni, cantik giler tona radiant dalam gambar sampai ada 2 warna di sisi model tu!

Sama je dengan tool pertama, dapatkan ruang bergambar iaitu dinding yang sesuai. Dan korang hanya perlukan satu tool iaitu Laser Beam. Semakin pelbagai warna cahaya laser yang korang boleh dapatkan, lagi bagus kerana korang boleh bereksperimen semasa mengambil gambar.
Untuk mendapatkan kesan pelangi kat gambar, caranya lain sikit tapi masih menggunakan tool sama, Laser Beam dan tool tambahan iaitu sekeping cermin transparent untuk disuluh menggunakan Laser Beam.
Dah ada tool? Mintak bantuan kawan untuk ambil gambar ni. Korang hanya perlu sandar pada dinding bilik dan bereksperimen sikit untuk dapatkan kesan pelangi ini. Pusing ke kiri atau ke kanan cermin, dengan menggunakan Vivo V11 atau V11i, korang pasti gembira dengan gambar yang diambil.


Korang boleh rujuk video bawah ini untuk memahami langkah-langkahnya.

Tool 3
Tool ketiga dan terakhir adalah cara mengambil gambar dengan kesan water spray pada gambar. Macam gambar kat bawah ni. 


Tak susah pun nak ambil gambar macam ni sebenarnya malah ia paling senang untuk dipelajari dalam waktu singkat. Apa yang korang perlukan? Dua tool je iaitu Water Squitter dan Pembalut Makanan Lut Sinar. 
Dapatkan sudut menarik dan dengan bantuan rakan-rakan, rentangkan Pembalut Lut Sinar, sekurang-kurangnya 12 inci daripada wajah anda. Guna Water Squitter untuk spray pada permukaan Pembalut Makanan Lut Sinar hingga kesan water spray terhasil. 
Korang boleh tengok kat video di bawah.
Jangan lupa gayakan pelbagai pose menarik dan ambilah gambar dengan Vivo V11 atau V11i. Dengan tiga tool ni, gambar korang pasti gempak!
Korang pasti tertanya-tanya antara banyak telefon pintar di Malaysia, kenapa mesti guna Vivo V11 atau V11i? Dua telefon ini adalah model terbaru yang dibawa khas ke Malaysia untuk penggemar selfie dan fotografi.
Keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina di dalam Vivo V11 atau V11i adalah rahsia di sebalik keupayaannya menghasilkan gambar-gambar menarik di atas. Vivo V11 ini juga mempunyai teknologi pengimbas cap jari binaan pada skrin. Korang hanya perlu letak jari pada permukaan skrin untuk menyah kunci telefon anda.
Bagi korang yang mementingkan penampilan telefon, usah khuatir kerana ia datang dalam dua warna menarik iaitu Starry Night dan Nebula yang pasti kena dengan cita rasa korang.
V11 dibina dengan paparan Skrin Super AMOLED dan kedua-dua Vivo V11 atau V11i dilengkapi dengan Halo FullView Display, suatu paparan yang membuatkan skrin telefon anda lebih cerah dan sesuai untuk semua jenis cuaca.
Untuk pemprosesannya pula, V11 hadir dengan Snapdragon 660 AIE 6GB RAM manakala V11i pula datang dengan MediaTek P60 dan 4GB RAM.
Korang tak payah risau pasal kapasiti storan V11 atau V11i ini kerana kedua-dua model ini mampu menyimpan sehingga storan sebanyak 128GB. Tangkaplah sebanyak mungkin gambar yang korang nak.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh melawat laman rasmi Vivo Malaysia (http://www.vivo.com/my) atau Vivo Store (https://www.vivostore.com.my/single-product.php?p=38).



No comments

Powered by Blogger.
a