Header Ads

Tahukah Anda???Kurus secara sihat dan kekal dalam jangka masa panjang.


Tahukan anda, anda mampu untuk kurangkan berat badan secara sihat hanya dengan
melakukan senaman ringkas dan jaga pemakanan. Namun perkara yang paling penting
jika ingin mngekalkan bentuk badan adalah hanya dengan meminum segelas air selepas
bangun dari tidur. Apa kaitannya?Hal ini adalah kerana, hampir 60-75% badan manusia
adalah terdiri dari air. Terbukti air sangat penting untuk tubuh badan untuk berfungsi
secara baik . Malah air yang secukupnya membantu proses-proses pencernaan dan
organ untuk berfungsi dengan baik.

5 alasan kenapa perlu untuk minum segelas air putih selepas bangun tidur?
Air putih bukan sahaja penting ketika dahaga atau selepas penat melakukan senaman
tetapi juga sangat penting jika diamalkan saat selepas bangun tidur. Berikut merupakan
faktor-faktor penting kenapa kita harus minum air selepas sahaja bangun tidur.

1. Mengelakkan rehidrasi saat selepas tidur- hal ini penting kerana ketika tidur
kita tidak mendapatkan apapun, jadi setelah bangun tidur organ akan berfungsi
dengan baik jika anda mulakan hari dengan segelas air.

2. Membersihkan racun dari dalam tubuh- ginjal memiliki fungsi untuk mengeluarkan
racun dari dalam tubuh, fungsi ini akan menjadi maksima jika cairan mencukupi,
cairan yang mencukupi adalah hanya dengan minum air.

3. Mempercepatkan metabolisme tubuh- mempercepatkan kerja sistem pencernaan
ketika perut masih kosong sehingga 24 %. Selain itu air putih dapat membersihkan
usus dan memudahkan proses penyerapan nutrisi makanan.

4. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh- membantu kerja sistem limfatik
yang akan meningkatkan kekebalan badan anda. Seterusnya risiko terkena
penyakit dan kadar infeksi terhadap tubuh badan akan menjadi lebih kecil.

5. Mencegah penyakit ginjal- saat perut kosong air kosong dapat
membantu membersihkan kuman di dalam ginjal dan melancarkan saluran
urin di dalam ginjal.

Secara umumnya air amatlah penting untuk tidak terhidrasi  dan suhu badan 
dapat dikawal sebaiknya.Dalam masa yang sama, bahan-bahan buangan dapat
disingkirkan dari badan manakala sendi, organ serta tisu badan kita pula
mendapat perlindungannya dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat.
Source: https://goo.gl/ACZu9m 

No comments

Powered by Blogger.
a