Header Ads

Tempat-tempat menarik yang wajib anda pergi jika anda kaki hiking...



Siapa yang tak suka hiking tu memang rugi la kan? Mendaki ni
sangatlah bagus untuk menguji stamina, mental dan fizikal.
Selain daripada itu kita dapatlah menikmati indah dan agungnya
ciptaan yang maha esa, mengurangkan stress dan mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah. Jika anda biasa
mendaki, tempat-tempat ini mungkin dah biasa bagi anda, tapi tak
salah kan kalau kita share untuk newbie-newbie yang baru je nak
explore.
Ok baiklah tempat yang wajib bagi hikers dekat malaysia ni adalah
antaranya.

1.BUKIT BROGA

Bukit broga, memang terkenal, kalau kesana ketika hujung
minggu silap la guys!

Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tempoh pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan

2.SUNGAI PISANG


Sungai pisang, pastikan anda buat research dulu sebelum
pergi ya. Sungai pisang pun lokasi sangatlah strategik sebab
dekat highway karak, tapi jangan pula anda park tepi-tepi
highway takut pula kejadian yang tidak diingini pula berlaku.
Kalau nak datang sini boleh ikut jalan gombak lama.



Lokasi: Gombak, Selangor.

Tempoh pendakian: 30 – 40 minit

Tahap kesukaran: 1/5

Guide: Tidak diperlukan.



3.MOSSY FOREST

Waaaaa! Macam dalam filem kan guys… korang kena datang
sini kalau nak rasa suasana yang lebih lain. Memang
menakjubkan ciptaan Allah, Subhanallah.

Lokasi: Bukit Brinchang, Cameron Highlands.
Tempoh pendakian: 3 - 4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Tidak diperlukan.

4. BUKIT BATU PUTIH





Biasanya orang ke Port Dickson akan ke pantai, tapi guys PD
pun ada tempat menarik untuk hikers. Tempat ni sangat sesuai
jika anda teringin sangat nak tengok sunset dan sunrise.
Sambil-sambil bolehla sekali tengok pantai dari puncak bukit.
Untuk pengetahuan semua juga, disini terdapatnya juga rumah
api berfungsi sejak 200 tahun dahulu , nama rumah api ni ialah
Rumah Api Tanjung Tuan.



Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tempoh pendakian: 30 minit

Tahap kesukaran: 1/5

Guide: Tidak diperlukan.




5.TEMPLER’S PARK








Twins Waterfall atau Templer’s park mesti pergi sebab dekat
rawang je guys! Templer park ini merupakan hutan simpan
jadi mestilah sangat bersih dan cantik kan. Laluan yang
panjang dan berliku tetapi sangat sesuai untuk orang yang
baru lagi mendaki.



Lokasi: Jalan lama Kuala Lumpur-Rawang

Tempoh pendakian: 1 jam

Tahap kesukaran: 1/5

Guide: Tidak diperlukan.




6. BUKIT BERUANG HILLS








Bukit Beruang , namanya diambil sempena beruang yang
dipercayai pernah wujudnya sekumpulan beruang di bukit
tersebut. Bukit ini terletak di belakang Sekolah Kebangsaan
Bukit Beruang  yang mana ia mempunyai pemandangan
Melaka yang sangat cantik dan mendamaikan apabila berada
di puncak selain terdapat banyak flora dan fauna di bukit ini.
Bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin anda
sedikit ragu-ragu kerana anda akan melalui kawasan perumahan.
Bukit ini terletak berdekatan dengan Taman Bunga  Raya iaitu
taman perumahan yang mana anda akan
melaluinya untuk sampai ke sana.

Lokasi: Bukit Beruang Ayer Keroh, Melaka
Tempoh pendakian: 1-2 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan.

No comments

Powered by Blogger.
a