Header Ads

Aaron Aziz fokus beramal ibadat dan keluarga selepas aktif dalam dunia lakonan





Pemenang besar Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2013 dan pelakon filem paling popular pada tahun lalu, yang berjaya dirangkul oleh Aaron Aziz, kini fokus dengan amal ibadat dan menumpukan perhatian kepada tanggungjawabnya terhadap keluarga. 

Aaron mengakui di sudut hatinya mahu aktifkan dirinya dalam bidang lakonan tetapi dia percaya pada rezeki yang diberi oleh Tuhan. Pada saat ini ada perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan olehnya.

Anak seni yang sudah 19 tahun dalam industri ini, dia sudah puas melalui zaman populariti suatu ketika dulu dan dia rasa gembira dengan keadaannya setakat ini.

Aaron dan isterinya sebagai PA kepada suaminya itu mereka sudah pun meninggalkan projek di saluran HBO demi menumpukan kepada komitmen keluarga walaupun keadaan isteri yang tercinta tidak serius.

Dia sudah menjalani dan memulakan sesi latihan untuk watak filem itu tetapi sayangnya dia tidak dapat untuk teruskan dan hal ini membuatkan isterinya tambah serba salah.

Aaron menzahirkan rasa bangga terhadap sambutan filem tempatan pada masa kini sehingga mendapat top ranking mengalahkan filem antarabangsa lain iaitu Filem Paskal. Dia berasa kagum dengan jalan cerita dan hebat karya filem itu.





Aaron yang bakal membintangi filem Operasi X dengan watak ASP Redzuan Bersama barisan pelakon Datuk Awie, Nasir Bilal Khan dan Hanna Aqeela dan diarahkan oleh Sandosh Kesavan, mengatakan bahawa dia berharap agar tiada pembandingan dibuat oleh penonton apabila menyaksikan filem itu di pawagam kerana dia sudah buat yang terbaik dalam lakonan filem itu.

No comments

Powered by Blogger.
a