Header Ads

Achey hadiahkan single berjudul 'ANAK' buat Tiara




Siapa tak kenal pelawak dan juga sekarang berjinak-jinak menceburi bidang nyanyian, Achey, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah yang kini melancarkan single khas buat cahaya mata kesayangannya, Nur Tiara Zinnirah Mohd Nasir tidak lama lagi.

Single terbaru berjudul 'Anak' itu begitu istimewa untuk Achey dan anaknya, Tiara kerana idea dan ilham lagu ini adalah kali pertama dari Tiara dikurniakan kepada dia dan isteri pada awal Ramadhan.

Sible terbaru ini akan berada di pasaran pada akhir Disember ini dan Tarikh pelancaran masih dalam perbincangan. Lagu dan lirik oleh Achey sendiri manakala muzik oleh Zimi Sofarz.

Dia tidak mempedulikan kata orang sekiranya ada berpendapat dia klise dengan ideanya. Dia mengakui setiap apa yang terjadi di sekeliling kita ada maksud yang tersendiri dan ini cara Achey menzahirkan rasa bahagianya itu dengan kurniaan anak kesayangannya, Tiara.

Lagu pertama dan popular dari Achey, mendapat sambutan dari pendengar dan ketika itu dia mengatakan yang dia langsung tidak menghiraukan sambutan tetapi impaknya sangat positif tanpa dijangka. 


No comments

Powered by Blogger.
a