Header Ads

Adakah ICERD bukti Tun M gagal kawal Kabinetnya ?


Tun Dr. Mahathir Moha­mad (kiri), Ketua Umno Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (kanan)

Tun Dr. Mahathir Moha­mad berkata, pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini hampir mustahil untuk dilakukan.

Isu membabitkan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) membuktikan Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad gagal dan tidak mampu mengawal anggota Kabinet beliau.

Ketua Umno Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, isu ini juga menambahkan lagi koleksi menteri PH yang tidak tahu soal keutamaan.
Dalam pada itu katanya, meskipun begitu, Isu ini sebaliknya memberikan hikmah pula kepada perpaduan Melayu dan Islam.
"Ia menjadikan Umno dan Pas parti yang semakin relevan. Keduanya semakin mesra," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Ashraf Wajdi Dusuki, apakah sebenarnya ratifikasi ICERD? Barangkali ramai dalam kalangan rakyat sendiri tidak tahu dan mungkin tidak faham apa itu ratifikasi ICERD. Apatah lagi istilah yang digunakan dilihat agak janggal dan tidak sensitif bagi kebanyakan rakyat. Apatah lagi istilah tersebut kelihatan begitu akademik atau ilmiah.

Ratifikasi bermaksud mengesahkan, manakala ICERD pula adalah singkatan daripada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. ICERD adalah salah satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia.

ICERD diterima oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1965 dan dikuatkuasakan pada 1969. Artikel 5 ICERD menjelaskan negara-negara yang telah meratifikasi konvensyen ini mesti menghalang dan memusnahkan diskriminasi kaum dalam semua bentuk dan menjamin hak setiap orang, tanpa perbezaan kaum, warna kulit, asal-usul bangsa dan mendapatkan kesaksamaan di sisi undang-undang.


Penulis berpandangan bahawa ICERD jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tentang Hak Istimewa orang-orang Melayu, Bumiputera, kedudukan agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu.
Cadangan ratifikasi ICERD boleh dilihat sebagai langkah pihak-pihak tertentu yang dominan dalam Kerajaan PH untuk meletakkan batu asas usaha yang panjang dan berterusan bagi menghakis asas dan tiang seri utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Ironinya usaha ini merupakan satu ancaman luar jangka panjang secara halus kepada kedaulatan negara.

Persoalannya, adakah berlaku diskriminasi kaum di Malaysia sejak merdeka? Apa sebenarnya yang diinginkan oleh golongan ini? Pihak kerajaan khususnya parti dalam kerajaan yang kononnya memperjuangkan hak Bumiputera perlu menyatakan pendirian tegas mereka dalam perkara ini. Jangan hanya diam membisu ketakutan kerana faktor jumlah kerusi yang sedikit, tapi berikan pencerahan dan halang golongan yang mahu merosakkan asas kenegaraan Malaysia ini.

Pergerakan Pemuda Umno akan terus menghalang sebarang usaha bagi meratifikasi ICERD demi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam pada itu Ketua Umno Batu Pahat, Mohd Puad mempersoalkan dimana kewajaran negara untuk meratifikasi konvensyen berkenaan.

"Ya, apa keperluannya mengutamakan isu ICERD dalam konteks Malaysia? ," katanya.
Jelasnya, jika ICERD diratifikasi ia akan membuka pintu beberapa perundangan seperti Perkara 153 akan dipersoalkan dan dihakis secara berperingkat.

"Apatah lagi Fasal 1 definisi diskriminasi kaum (ICERD) mentakrifkan, menolong, membantu dan mengutamakan sesuatu kaum tetap dianggap sebagai “Diskriminasi kaum”," katanya.

Sumber : Sinar dan Utusan Online

No comments

Powered by Blogger.
a