Header Ads

AL FATIHAH...Pelawak Zaibo Telah Meninggal Dunia Buat Selamanya....


AL- FATIHAH- Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang beriman...

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” kata isterinya Siti Hawa Sawal secara ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Pelakon dan pelawak yang menderita kanser esofagos telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira pukul 1.30 petang tadi hari ini. Jenazah akan dikebumikan pada hari ini juga di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan dan terus mendapatkan rawatan di hospital Selayang beberapa bulan lalu.

Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King. Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.


Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah.






Sumber : mStar Online & Satu Johor

No comments

Powered by Blogger.
a