Header Ads

Anak patung 'berhantu' dan tunjuk perasaan, punca pasangan kekasih berpisah


Seorang wanita mendakwa bahawa anak patungnya tunjuk perasaan cemburu dan membuatkan teman lelakinya takut sehingga menyebabkan mereka putus hubungan.


Berliz, wanita muda dari Callao, Peru, memberitahu pemberita bahawa Deisy, anak patung yang dihadiahkan ibunya sempena Krismas ketika dia masih kecil telah menunjukkan tingkah laku seperti Poltergeist, termasuk menggerakkan kepala dan anggota badannya, malah menyerang orang yang tidak disukainya.

Mangsa terbaharu anak patung itu adalah teman lelaki Berliz, yang memutuskan hubungan mereka selepas mendakwa Deisy telah menarik dan memukulnya ketika dia sedang tidur.

Menurut Berliz, anak patungnya itu bergerak sendiri, mengetuk benda di sekeliling rumah dan dikatakan menjadi punca kepada beberapa fenomena yang tidak dapat dijelaskan.


Wanita itu berkata Deisy kelihatan sangat cemburu dan buat hal apabila terdapat orang lain yang cuba rapat dengan tuannya.

Contohnya, dia teringat kejadian aneh ketika berumur 18 tahun. Ketika bapanya memeluknya, lampu tiba-tiba terpadam.

Dalam satu lagi situasi, sepupu Berliz telah berbaring di tempat tidurnya, tetapi tidak lama kemudian berlari sambil menjerit memberitahu seseorang membaling barang kepadanya.

"Suatu hari, rumah saya diterangi cahaya terang dan bible terjatuh dari atas televisyen. Saya mula menangis dan melihat bayang-bayang di sekeliling saya," kata wanita itu.

Berliz berkata setelah semua insiden aneh ini, dia mempertimbangkan untuk membuang Deisy, namun akhirnya memutuskan untuk tidak melakukannya kerana bimbang anak patung itu akan kembali dan menyerang dirinya.

Dia juga cuba mengalihkan wajah anak patung itu menghadap dinding, supaya dia tidak melihat wajahnya yang menyeramkan sepanjang masa, tetapi apabila dia bangun, Deisy tetap memalingkan wajah dan menatapnya.

Berliz baru-baru ini melahirkan bayi dan dia setakat ini menjauhkan Deisy dari bayinya. Tetapi dia bimbang anak patungnya itu melakukan sesuatu kerana cemburu.
Untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian itu, dia menghubungi seorang dukun yang menasihatinya untuk mendapatkan seekor kucing hitam bagi meneutralkan tenaga negatif anak patung itu.

Insolito Noticias memuat naik sebuah video yang menunjukkan dukun tidak dikenali cuba bercakap dengan anak patung itu menggunakan mikrofon khas.

Deisy dapat didengar menjawab soalan-soalan yang ditanya dan bersumpah kepadanya ketika wanita itu memanggil kuasa Tuhan untuk menghilangkan semangat di dalam boneka itu.

Sumber : Oddity Central

No comments

Powered by Blogger.
a