Header Ads

"Arang Tidak Memutihkan Gigi, Tiada Bukti Buat Gigi Putih"-Dr Amalina Bakri

Kecoh di laman Twitter Netizen memberi komen di entri Dr Amalina Bakri berkaitan serbuk arang gigi dan netizen rata-rata mengaitkan perkara itu dengan jenama D'Herbs milik usahawan kosmetik terkenal Dato' Alif Syukri.

Menurut satu entri Dr Amalina Bakri di laman sosial Twitter miliknya, beliau menjelaskan bahawa arang tidak memutihkan gigi dan tiada kajian yang membuktikan arang mampu memutihkan gigi. Tambahnya lagi, arang boleh membersihkan gigi tetapi tidak memutihkan gigi. Malahan juga, penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi menjadi nipis dan seterusnya melemahkan enamel orang yang mengamalkan arang sebagai pemutih gigi. 




Sejurus perkongsian Dr Amalina Bakri di Twitter tentang penggunaan arang pada gigi, rata-rata netizen mengaitkan perkongsian tersebut dengan produk yang dijual oleh usahawan terkenal kosmetik yang penuh dengan kontroversi tak lain tak bukan Dato Aliff Syukri. Hal ini kerana, dia telah menaja sebuah konsert dan kerap mempromosikan iklan serbuk arang gigi jenama D'Herbs di kaca tv sehingga tular di media sosial Netizen parodi kan iklan yang dibuat oleh usahawan itu. Bermain-main di mulut Netizen dengan nyanyian lagu "Serbuk Arang Gigi" yang dijual.



Ujar netizen lagi, Dr. Amalina juga tidak menyebut jenama d’Herbs, namun ramai yang mengaitkan dengan posting tersebut hanya kerana jenama itu sahaja yang popular. Kata seorang netizen, orang sekarang lebih percaya kepada benda viral dan popular tanpa membuat kajian terlebih dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk.


Menjadi buah mulut ramai tentang serbuk arang gigi oleh usahwan kosmetik ini adalah kerana video yang dimuat naik Dato' Aliff menerusi Instagramnya bersama anak lelakinya.  




Antara video "paling win" dan tular di media sosial dan mendapat ribuan Retweet lantas menarik perhatian Dato' Alif Syukri kerana dia mem"parodi" kan video beliau.








Dato Aliff juga muat naik video tular parodi ini di Instagram miliknya dan dia mengajak orang ramai untuk buat parodi serbuk arang gigi dengan habuan sekiranya lebih menarik dari video ini yang berlatar belakang suara Dato' Aliff dan anak lelaki pertamanya. 





No comments

Powered by Blogger.
a