Header Ads

Ayuh wanita cegah rambut gugur sebelum kepala anda botak!

Pernah tak anda mengalami masalah rambut gugur yang kritikal? Perempuan dan rambut gugur tak dapat dipisahkan, hal ini sering kali terjadi jika rumah anda terdiri daripada housemate perempuan. Terdapat juga individu yang mengambil kesempatan dengan memasarkan produk untuk melebatkan rambut walhal ada banyak solusi secara semulajadi yang boleh diamalkan.Tahukah anda, punca rambut gugur adalah sering dikaitkan dengan pemakanan? Mari kita lihat dahulu makanan-makanan yang baik untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.



1.Teh Hijau

Source : http://aceh.tribunnews.com/2018/05/02/sering-konsumsi-teh-hijau-ternyata-bisa-gawat-ini-7-efek-sampingnya
Teh hijau sangat baik untuk mengawal masalah kelemumur dan kegatalan kepala. Cuci rambut anda dengan teh hijau atau amalkan secara minuman seharian. Teh hijau juga bagus untuk mengawal berat badan.





2. Telur Telur boleh dikatakan makanan yang paling banyak khasiatnya di dunia.Kaya dengan biotin dan Vitamin B, nutrien penting untuk memastikan kulit kepala dan rambut dalam keadaan baik. Biotin membantu menjadikan rambut berkilau dan lembut. Biotin banyak digunakan dalam syampu dan perapi.   



3. Tiram
Selain rasanya yang unik, tiram mengandungi pelbagai mineral penting seperti zat besi,zink, kalsium dan kalium serta rendah lemak dan kalori. Keguguran rambut dan kelemumur terjadi disebabkan oleh kekurangan penghasilan hormon androgen. Tiram kaya dengan zat besi yang menggalakkan pembentukan androgen untuk elak rambut gugur dan kelemumur.
Source : https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=25819


4. Yougurt dengan protein yang tinggi
    Protein amat penting untuk menghasilkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur. Yougurt selain dari khasiat proteinnya yang tinggi, ia mengandungi vitamin B5 yang boleh membantu melancarkan aliran ke kulit kepala, pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur.
Source : https://ms.healthycareinfo.com/list-of-low-fat-high-protein-yogurts-46639



5. Sayur hijau terutamanya sayur bayam
    Sayur hijau terutamanya sayur bayam membantu pencegahan rambut rapuh dan mudah rosak. Sayur bayam mengandungi vitamin A, zat besi, beta karotena, folate dan vitamin C. Bayam juga sangat baik untuk otak.


No comments

Powered by Blogger.
a