Header Ads

Dato' Aliff Syukri Menari 'Tik Tok' Ketika Isteri di Mekah









Baru reda kontroversi sebelum ini, sekali lagi usahawan kosmetik terkenal D'Herbs, Dato' Aliff Syukri untuk ke berapa kalinya telah menarik perhatian Netizen untuk memberi respon selepas melihat video yang dimuat naik di Instagramnya. Netizen cepat memberi respon kerana berpendapat isterinya sekarang menunaikan umrah di Mekah, lalu video yang sebegini telah dimuat naik oleh Dato' Aliff .








Isterinya, Datin Shahida dengan akaun Instagram peribadinya @shahidadherbs, turut memberikan komen pada video tersebut dan seakan-akan tak bersetuju juga dengan tindakan suaminya itu.






Sebelum ini, kecoh video lagu Bobo Di Mana  kerana video tersebut berunsur sensitif dan tak sesuai ditonton umum lebih-lebih lagi kanak-kanak. Kali ini, apa pula projek baru Dato' Aliff sehingga membangkitkan amarah Netizen kerana memikirkan isterinya di Mekah.


Rata-rata Netizen tidak berpuas hati dengan kelakuannya itu.







Dato' Aliff kemudian memuat naik screenshot chat bersama isterinya yang berada di Mekah. Isterinya tenang menjelaskan perbuatannya yang kurang senang itu dan memberikan pendapat yang sepatutnya dilakukan oleh Dato' sebelum memuat naik apa-apa di media sosial.










No comments

Powered by Blogger.
a