Header Ads

Demi suami, Pelakon Siti Salehah tidak akan bawa watak LGBT lagi














Foto Kredit : http://www.utusan.com.my


Siti Saleha yang pernah menjadi bualan ramai menerusi drama bersiri 7 hari Mencintaimu dengan gandingan hebat Syukri Yahya, kini bimbang memikirkan pandangan suaminya dan dia tidak mahu lagi membawa watak lesbian pada masa akan datang.

Dia pernah memegang watak sedemikian dalam filem 'Tujuh' pada lima tahun lalu dan mengakui tiada rasa apa-apa ketika itu, malah menganggapnya sebagai cabaran.

Selepas berumah tangga dan kebetulan isu LGBT sedang hangat diperkatakan, dia menjadi bimbang apa yang akan dikatakan oleh penonton nanti beserta respon lakonannya.


“Secara jujur, saya sangat risau terutama memikirkan reaksi suami. Hati suami kenalah jaga. Selepas ini tiada lagi watak seperti itu. Cukuplah, watak Tina itu adalah yang pertama dan terakhir buat saya.”
Saleha, pelakon wanita terbaik Anugerah Telenovela 2018, membawa watak sebagai gadis yang menyimpan perasaan terhadap Yasmin, lakonan Cristina Suzanne dalam filem tersebut.
Bakal menemui penonton 8 November ini, filem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin turut menampilkan Johan As'ari, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su.

No comments

Powered by Blogger.
a