Header Ads

DOAKAN ISTERI SAYA! FIZI ALI


Penyampai radio Suria Fm, Fizi Ali memohon agar perminat-peminat dan kenalan mendoakan isteri beliau yang ditahan wad akibat keracunan makanan yang teruk sejak lima hari lalu yang turut hamil enam bulan.

Isterinya Shakilla Khoriri yang juga pelakon dan juga pengacara dikatakan telah mengalami keracunan makanan yang teruk sehingga perlu dimasukkan enam botol air.

Disebabkan tidak berhenti muntah dan badan panas, dia telah ditahan wad selama  dua hari. Ketika itu juga doktor terus buat pemeriksaan terhadap bayi dalam kandungan dan terkejut apabila dimaklumkan bayi berada dalam keadaan songsang.


Walaubagaimanapun, doktor telah memaklumkan kedudukan bayi boleh kembali normal kerana bayi baru sahaja berusia enam bulan.

Jadi, Fizi turut berharap semua mendoakan yang terbaik buat isteri dan bayi dalam kandungannya. Fizi berkata, isteri kini lebih banyak berehat di rumah dan dia tidak membiarkannya melakukan kerja berat.

Kalau boleh, isterinya nak bersalin normal, begitu juga dengannya. Cuma yang paling penting kedudukan anak “terpusing” kembali normal sebelum dilahirkan.


(Source: Sinar Harian)

No comments

Powered by Blogger.
a