Header Ads

"Doktor dan jururawat saling menyalahkan kerana tersalah memasukkan jarum ke saluran pembuluh darah kaki bayi"

STATUS dimuat naik Abdul Ghani di FB mengenai keadaan kaki dan kejadian cucunya ketika menjalani rawatan pemindahan darah di HPP, Georgetown.

Kecuaian pihak hospital antara jururawat dan doktor sehingga menyebabkan bengkak dan menggelembung di bahagian kaki kiri bayi. Itulah penderitaan terpaksa ditanggung bayi lelaki malang berusia empat bulan ketika menjalani rawatan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown, hari ini.
Muhammad Zain Al Fateh Muhammad Faizal Amri menerima rawatan itu apabila dilapor mengalami tekanan darah rendah selepas menjalani pembedahan hernia di HPP, 3 petang semalam. Bapanya, Muhammad Faizal Amri Abdul Ghani, 26, berkata anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) itu terpaksa dipindahkan ke HPP selepas dikenal pasti menghidap penyakit hernia.


Kaki bayi yang mengalami bengkak gara-gara tersalah masuk jarum ke saluran pembuluh darah


Pemindahan darah terpaksa dilakukan ke atas anaknya pada 7 malam apabila bayi berkenaan dikatakan mengalami tekanan darah rendah selepas menjalani pembedahan hernia.
Anak saya pernah menjalani beberapa kali pemindahan darah sebelum ini ketika dirawat di HSJ dan tiada apa-apa berlaku sepanjang proses berkenaan dijalankan.
“Bagaimanapun, kali ini doktor memaklumkan pihak jururawat tersalah memasukkan jarum ke saluran pembuluh darah, sekali gus menyebabkan kaki anak saya membengkak dan menggelembung dengan perkara ini dimaklumkan kepada saya pada 12 tengah malam tadi.
“Lebih menyedihkan apabila pihak doktor dan jururawat saling menyalahkan antara satu sama lain. Doktor kata jururawat yang masukkan darah, manakala jururawat pula mendakwa sebaliknya dengan pertengkaran itu berlaku di hadapan saya,” katanya ketika dihubungi NSTP.


Kisah malang menimpa bayi berkenaan tular di laman sosial selepas datuknya, Abdul Ghani Abdul Wahid memuat naik status berhubung keadaan terbabit di Facebook miliknya, selain ia dikongsi lebih 3,000 pelayar setakat 7 malam tadi.
Ketika kejadian, Muhammad Faizal Amri berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kaki anaknya terpaksa ditoreh untuk mengeluarkan darah beku dengan keadaan Muhammad Zain Al Fateh kini dilapor stabil.
Pihak hospital mendakwa kejadian itu berpunca akibat pergerakan bayi. Bagaimanapun, ketika proses pemindahan itu dilakukan dia masih dalam pengaruh bius selepas menjalani pembedahan hernia.
“Anak saya kini masih dalam kawalan ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit ekoran beberapa pembedahan dijalaninya.
“Bagaimanapun, saya khuatir kesan bius terlalu banyak akan menjejaskan pertumbuhan bayi.
Pihak hospital ada memaklumkan saman boleh dikemukakan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Justeru, sebentar lagi saya akan membuat laporan polis dan bercadang untuk mengemukakan tindakan undang-undang ke atas HPP atas kecuaian yang berlaku ke atas anak saya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Wan Mansor Hamzah, dalam kenyataannya menegaskan bayi terbabit kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sewajarnya dengan keadaannya dipantau dari semasa ke semasa.
Perjumpaan bersama waris bayi untuk memberi penjelasan mengenai keadaan pesakit sudah dijalankan, hari ini. Waris boleh berhubung secara terus dengan pihak jabatan atau pengurusan HPP sekiranya terdapat sebarang kemusykilan,” katanya.

Sumber : FB Abdul Ghani & MyMetro 




No comments

Powered by Blogger.
a