Header Ads

DP Eina Azman simpati & hulur bantuan setiap bulan kepada keluarga hidap Ekzema


Semalam, pelakon Datin Paduka Eina Azman bersama suami yang sudah lama berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga penghidap Ekzema penyakit kulit yang tular di media sosial juga media massa yang lain baru-baru ini, akhirnya telah pun bersua dan tertunai niat murninya berjumpa dengan keluarga tersebut. 







Menurut ibu kepada kanak-kanak penghidap Ekzema ini, Nurul Ain berkata, doktor mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan. Masalah kulit dialami Lela Safiya yang semakin serius menyebabkan dia tertekan, ditambah pula dengan tohmahan orang ramai. Masalah sama dihadapi adik kepada Lela Safiya, Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, sejak dua bulan lalu. Keadaannya lebih serius berbanding kakaknya apabila badan Muhammad Nayl Safiy dipenuhi kudis menyebabkan kegatalan.

Menurut Nurul Ain lagi, "Kalau demam campak, kenapa sampai sekarang masih belum baik? Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih. Fikiran saya menjadi buntu, kalau dibawa ke hospital pasti jawapan diberikan doktor sama. Saya bercadang mahu rujuk anak ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu. Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain".

Kemudian, Eina Azman ada memuat naik gambar di media sosial bertemu dengan keluarga ini untuk perkongsian seperti mana yang diharapkan oleh semua pengikutnya di Instagram untuk bercerita keadaan keluarga ini kerana Eina pernah bertanyakan kepada pengikutnya di Instagram bagaimana untuk menghubungi keluarga Ekzema ini dan ingin menghulurkan bantuan. Sangat mulia hati Datin Paduka Eina Azman. 





Dan semalam DP Eina Azman bersama suami telah berjumpa sendiri dan melihat sendiri keadaan keluarga yang derita Ekzema itu.








Salam guys... alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yurns88 ... di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul😊 sebentar tadi eina bawa kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga. Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah🙏🏻 eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih😔 apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul 😔😔 sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit 😭😭😭 Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 562085617913 Nurul Ain Abdullah...

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on


Perkongsian Eina bersama suaminya semalam juga telah mendapat perhatian umum.









Sumber : Harian Metro & Instagram Eina Azman


















No comments

Powered by Blogger.
a