Header Ads

Elak Ulangi Tragedi PESAWAT JT610, Boeing Keluarkan Amaran Kepada Semua Syarikat Penerbangan Yang Kendalikan Boeing 737 Max

Foto Kredit :  www.ndtv.com
Susulan nahas yang menimpa syarikat Lion Air baru-baru ini, Boeing selaku syarikat pengeluar pesawat malang itu mengeluarkan amaran kepada semua syarikat penerbangan dan juruterbang yang mengendalikan pesawat serba baru Boeing 737 MAX.
Selain amaran, Boeing juga mengeluarkan panduan yang perlu diikuti oleh semua juruterbang-juruterbang pesawat berkenaan sekiranya berhadapan masalah bacaan tidak tepat daripada 'sensor-sensor' Boeing 737 MAX.
Ketika ini, dilaporkan lebih 200 buah pesawat jenis itu diguna pakai di seluruh dunia.
Tragedi pesawat Lion Air JT610 yang terhempas Isnin minggu lepas dilaporkan berhadapan dengan masalah pada alat ketinggian dan kelajuan angin yang menujukkan bacaan tidak tepat.
Apabila keadaan tersebut berlaku, sistem pesawat mungkin secara salah telah menafsir data-data berkenaan sebagai situasi ‘aerodynamic stall’, sekaligus cuba memperbetulkan kedudukan secara automatik termasuklah menghalakan muncung pesawat ke arah bawah.
Media antarabangsa melaporkan bahawa antara tujuan panduan baru berkenaan dikeluarkan adalah untuk membantu juruterbang-juruterbang berhadapan dengan situasi yang sama menimpa pesawat Lion Air.
Malah, Federal Aviation Administration yang berpangkalan di Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran yang sama kepada semua pengendali-pengendali pesawat berkenaan susulan tindakan terbaru Boeing itu.
Ketika, pasukan penyiasat masih berusaha menentukan punca sebenar insiden yang menimpa Lion Air dan membunuh kesemua 189 orang di dalam pesawat ketika usaha mencari perakam suara kokpit di kawasan nahas masih belum berhasil.
Sumber : Fast Company

No comments

Powered by Blogger.
a