Header Ads

Elyana enggan menjalani rawatan radio terapi

See the source image


Penyanyi dan pelakon Elyana sekarang dalam proses menjalani rawatan radio terapi untuk merawat penyakit kanser yang dihidapinya. Menurut suami Elyana, dia perlu menjalani radio terapi sebanyak 6 kali lagi selepas selesai menjalani rawatan sebanyak 4 kali.


Dia enggan menjalani rawatan itu pada mulanya dan pujukan dari suami merupakan semangat untuk pelakon dan penyanyi ini terus menjalani radio terapi. Emosinya seakan-akan terganggu dengan apa yang terjadi dan terkesan pada tempoh hari di akaun Instagramnya.

Tambahan pula, dia berasa ‘down’ dengan kata-kata di ruangan komen Instagram peribadi miliknya tempoh hari sehingga membuat keputusan untuk ‘deactivated’ Instagram dan menjauhkan diri daripada telefon bimbit.

Dia juga mengakui bahawa dirinya berasa lemah, sakit dan loya semenjak menjalani rawatan itu. Elyana yang menghidapi kanser kelenjar tahap 4 semenjak 4 tahun lalu, dan kini sudah merebak ke saraf tunjang itu. Oleh sebab itu, Elyana perlu menjalani rawatan radio terapi  sebanyak 10 kali.



No comments

Powered by Blogger.
a