Header Ads

Fotografi AI Vivo V11




Dengan mudahnya menangkap kenangan anda.

Seni fotografi kini berbeza benar dengan dulu terutamanya dengan teknologi kamera telefon yang semakin canggih. Evolusi seni fotografi telah mencapai satu tahap di mana sains fotografi menjadi fokus dan muncul lah telefon pintar dengan kamera Kecerdasan Buatan (AI).


Kamu tak fasih tetapan fotografi dan fungsi berlainan kamera? Jangan risau sebab kamera AI menjanjikan pemahaman yang lebih mudah. Apa yang sebelum ini mengambil masa beberapa bulan hingga beberapa tahun untuk dipelajari bole dihadam dalam masa beberapa saat oleh kamera AI.

Katakan, kamu ingin mengambil gambar situasi berlainan tapi kamu tak pasti cara mengubah tetapan kamera. Jangan risau! Teknologi AI akan mengenal pasti tetapan yang diperlukan dan korang hanya perlu tekan butang untuk menangkap kenangan indah anda.


(Kredit Gambar : Victor Ng)

Dengan perubahan sains kamera ini, kamu tidak lagi memerlukan kamera profesional untuk menangkap gambar cantik. Malah, terdapat lebih banyak cara dan pilihan untuk kamu menangkap gambar yang wow dengan senang.

Vivo V11 ini telah dicipta dengan mengambil kira keperluan pengguna masa kini. Selalunya bila menangkap gambar, kamu akan menghadapi masalah pencahayaan yang tak baik, exposure atau fokus yang kurang. Telefon pintar terbaru Vivo ini mempunyi kamera AI yang mampu menyelesaikan kesemua masalah ini dengan hanya satu klik! Bagaimana?

Semakin senang untuk melaraskan pencahayaan foto
Tidak lagi menjadi masalah untuk mengambil gambar dalam keadaan backlight. Bayangkan kamu sedang berseronok menikmati matahari terbenam dan ingin menangkap gambar dengan member dan matahari. Tetapi disebabkan pencahayaan yang tak baik, muka kamu tak jelas. Bukan saja kamu tapi jurugambar profesional juga sukar menyelesaikan masalah ni. Tetapi dengan adanya Vivo V11, backlight tak lagi jadi masalah.

Teknologi Anti-Backlight AI HDR dan AI Low Light Mode pada Vivo 11 melaraskan pencahayaan secara automatik mengikut tetapan gambar dan subjek. Menggunakan teknologi AI Backlight ini, exposure atau jumlah cahaya yang tidak tepat ketika mengambil gambar dapat dilaraskan kembali, sekaligus latar belakang yang gelap di dalam gambar kelihatan lebih cerah seperti asal.

AI Low Light Mode yang terdapat pada Vivo V11 membolehkan kamu mengambil lebih dari satu gambar sekaligus menggabungnya menjadi satu agar hasilnya terlihat sempurna dengan hanya satu klik. Teknologi AI yang ada pada Vivo V11 ini akan membantu mengurangkan kadar noise atau elemen kabur pada gambar yang diambil semasa dalam pencahayaan rendah.


Kamu tak perlu lagi mempelajari tetapan fotografi yang rumit !
Untuk mereka yang baru mempelajari selok belok dan tetapan kamera, ia mungkin satu proses yang menakutkan. Tapi dengan adanya kamera AI, kamu tak perlu khuatir lagi. AI Scene Recognition adalah fungsi terbaik V11. Ia secara automatik mengenalpasti situasi gambar kamu. Ia akan memberikan penambahbaikan secara automatik dengan mengenalpasti objek, elemen, dan pemandangan dalam gambar. Sebagai contoh, pada gambar makanan yang diambil, AI Scene Recognition akan meningkatkan warna pada makanan tersebut supaya kelihatan lebih menyelerakan.


(Kredit Gambar : Victor Ng)


Dalam situasi gambar berlainan, teknologi AI Portrait pada Vivo 11 membantu anda mengenal pasti posisi subjek terbaik di dalam frame. Ia membantu membezakan subjek dan latar belakan supaya kesan bokeh dalam gambar kelihatan lebih sempurna.




(Kredit Gambar : Victor Ng)

Dengan fungsi kamera AI V11, gambar profesional tak lagi mustahil untuk ditangkap. Kamu seolah-olah memiliki sebuah kamera profesional compact dalam sebuah telefon pintar. V11 memiliki dwi-kamera 12MP (24 juta unit fotosensitif) + 5MP dengan resolusi 25MP kamera hadapan pastinya akan menghasilkan gambar yang berkualiti.

Hari ini, kamu hanya memerlukan telefon pintar AI dengan kamera yang berkualiti tinggi untuk mengubah diri sendiri menjadi jurugambar bertaraf profesional.

Penghargaan khas kepada Victor Ng untuk gambarnya.


(Kredit Gambar : Victor Ng)















No comments

Powered by Blogger.
a