Header Ads

Fuhh...Vivo V11i kini datang dalam warna Fairy Pink!


Berita baik untuk ladies dan penggemar pink! Ia bukan khabar angin. Vivo baru sahaja melancarkan suatu telefon edisi terhad yang pasti membuatkan korang jatuh cinta pada pandangan pertama dengannya.

Minggu lepas pada 25 Oktober 2018, Vivo secara rasminya melancarkan edisi terhad Fairy Pink Vivo V11i di Malaysia. V11i ni adalah sebahagian daripada siri V terbaru Vivo yang menjanjikan gambar sempurna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, warna Fairy Pink ni tidak dipilih sembarangan. Fairy Pink Vivo V11i ni dilancarkan seiring dengan bulan Kesedaran Kanser Payu
Dara Sedunia.

Fairy Pink ni sememangnya tambahan menarik kepada pilihan warna Vivo V11i sedia ada iaitu Starry Night dan Nebular. Tapi rasanya kita dah tahu warna apa yang akan mendapat sambutan
hangat…


Apa yang bagus pasal Vivo V11i ni? Ia datang dengan 6.3 inci skrin sentuh kapasitif dan pemprosesan Mediatek MT6771 Helio P60 dan 4GB RAM. Korang tak payah risau pasal kapasiti storan V11i ini kerana ia mampu menyimpan storan sebanyak 128GB.




Kamera hadapan V11i mempunyai resolusi sebanyak 25MP. Selain itu, ia juga dilengkapi dua kamera AI di belakang (16MP dan 5MP). Ni la rahsia di sebalik gambar sempurna pengguna telefon Vivo. Korang bole mengambil gambar sempurna dalam apa jua keadaan dengan senang.
Korang nak Pink Fairy Vivo V11i ni? Jangan tunggu lagi ye sebab siapa cepat, dia dapat.
Mike mengumumkan yang hanya 6,000 unit yang boleh didapati di Malaysia. Dan yang paling best, Fairy Pink V11i ini dijual pada harga RM1,299!

Mulai 1 November 2018, Fairy Pink Vivo V11i bole dibeli di mana-mana kedai konsep Vivo, eStore rasmi Vivo www.vivostore.com.my dan platform e-dagang Lazada, Shopee dan 11street.
Dan bagi korang yang was-was dengan online shopping, korang hanya perlu tunggu dua hari lagi sehingga 3 November 2018 untuk mendapatkannya di mana-mana pengedar sah.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh melawat laman rasmi Vivo Malaysia www.vivo.com atau media sosial Vivo Facebook, Instagram dan Twitter.






No comments

Powered by Blogger.
a