Header Ads

Isteri kepada pelawak, Zaibo kecewa gambar uzur suaminya tular


Foto Kredit : www.hmetro.com.my

“ABANG masih kuat, tapi perlukan rehat selepas menjalani rawatan, harap semuanya jangan risau, ” kata pelakon Zaibo.
Pemilik nama sebenar, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, yang menghidap kanser esofagus tahap empat itu berkata, beliau kecewa apabila gambar lamanya dalam keadaan uzur, ditularkan sehingga menimbulkan kebimbangan saudara-mara dan sahabat handai.

Gambar lama yang tular seperti yang dikatakan isterinya

Foto Kredit : www.hmetro.com.my

Zaibo yang kini berehat di kampung halaman isterinya, di Rengit, dekat Batu Pahat berkata, ramai saudara, teman artis selain wartawan menghubunginya selepas gambar beliau dalam keadaan uzur tular sejak semalam.
“Abang okey, jangan risau. Cuma abang mahu berehat dulu dan tak mahu saudara mara serta kawan-kawan bimbangkan abang, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Rengit.
Zaibo yang dilihat masih kuat dan bersemangat juga ceria melayani wartawan yang hadir, namun meminta gambarnya tidak dirakamkan.
Terdahulu, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Malik Faishal Ahmad, menyampaikan sumbangan wang dan barangan keperluan kepada isteri Zaibo, Siti Hawa Sawal, 52.
Sementara itu, Siti Hawa yang lebih mesra dipanggil Kak Hawa berkata, dia memahami Zaibo mempunyai ramai rakan serta peminat yang bukan sahaja menyayangi malah bimbang akan kesihatannya.
“Alhamdulillah, kesihatan abang semakin baik. Cuma doktor menasihatkan supaya abang banyak berehat dan tidak menerima tetamu dengan kerap. Abang cuma terasa hati apabila gambarnya dalam keadaan uzur ditular semula semalam kerana dia tidak mahu orang ramai salah faham dan terus bimbang.
“Sesiapa yang mahu melawat abang harap dapat maklumkan dulu dan tidak datang mengejut, mana tahu abang sedang berehat.
“Abang pun kuat semangat dan selalu cakap mahu kembali berlakon dan bertemu rakan artis semula ” katanya.

Kredit : hmetro

No comments

Powered by Blogger.
a