Header Ads

"Isteri suka makan dalam kereta & suka ikut rombongan"- Kajian Punca Kes Cerai



Awal perkahwinan semuanya indah belaka. Namun, bolehkan kita jamin keindahan itu berpanjangan? Tatkala kedua pasangan sudah mula menunjukkan perangai masing-masing. Justeru itu, persefahaman sangat penting antara si suami dan isteri menerima kekurangan dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk mengekalkan mahligai 
yang dibina selama-lamanya.




Paling mengejutkan apabila kajian menunjukkan punca penceraian adalah berkaitan hal paling remeh seperti isteri suka ikuti rombongan, isteri suka basuh baju pada waktu malam, suami tidak suka isteri makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik. Punca penceraian lain adalah gaji suami rendah, tidur berdengkur. 

Kajian yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2014 menunjukkan peratusan punca perceraian bagi lelaki kerana tiada persefahaman adalah 56.2 peratus, isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus). 

Bagi wanita pula, sebanyak 38 peratus menyatakan kerana tiada persefahaman diikuti suami curang (20.5 peratus) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus). 

Sumber : Sinar Harian, Instagram Drzulkifli Albakri

No comments

Powered by Blogger.
a