Header Ads

"Itu duit cukai rakyat. Hak kita untuk tahu ke mana duit itu pergi,". -ISU BERKAITAN BELANJAWAN 2019



Selepas pembentangan Belanjawan 2019 minggu lalu, Khairy Jamaluddin tampil membuat ulasan tentang belanjawan tersebut. Kemudian, penganalisis polisi kanan di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia untuk Pusat Penyelidikan Polisi Awam iaitu Jarren Tam juga menganalisis dan memberi cadangan berkaitan Belanjawan 2019 Malaysia.

Khairy Jamaluddin menyifatkan angka besar Belanjawan 2019 tidak memberi harapan untuk merancakkan pembangunan, meningkat pengagihan kekayaan dan membantu Malaysia ‘kalis masa depan’. Belanjawan 2019 didakwa mempunyai empat prinsip utama iaitu sekadar salin-tampal (copy-paste), tukar nama, kesinambungan daripada pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu dan tidak lengkap.

“Saya melihat Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini mempunyai empat prinsip utama iaitu ‘copy-paste’, tukar nama atau ‘rebranding’, kesinambungan atau ‘continuation’ dan tidak lengkap.

Kemudian, berkenaan Belanjawan 2019 yang dibentangkan tempoh hari, penganalisis polisi kanan di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia untuk Pusat Penyelidikan Polisi Awam iaitu Jarren Tam berkata, agensi bebas atau pasukan tindakan khas harus memantau perbelanjaan kerajaan berkaitan Belanjawan 2019.

Beberapa kenyataan Jaren Tam adalah :

"Kitaran belanjawan tidak lengkap".

"Kita kurang kajian semula dilakukan pada hujung tahun untuk melihat sama ada peruntukan Belanjawan 2019 telah dilaksanakan pada tahun 2019".

Pembaharuan diperlukan apabila ia membabitkan hal berkaitan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan.

Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan yang baru diumumkan akan memperbaiki isu tersebut, namun lebih banyak yang boleh dilakukan.

Jarren mencadangkan, semua kementerian menerbitkan akaun mereka, sama seperti syarikat yang tersenarai di bursa saham.

"Itu duit cukai rakyat. Hak kita untuk tahu ke mana duit itu pergi," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti perkembangan yang disediakan oleh Newsflash.
Newsflash adalah sebuah siri penjelasan oleh R.AGE yang mengkaji dan membincangkan isu-isu semasa.

Penuh informasi, sila tonton siri penuh di sini. 

Sumber : mStar

No comments

Powered by Blogger.
a