Header Ads

Janda 'termenung' selama 4 bulan, di sihir, hadiah patung 'bear' diletak minyak pengasih




Kisah sebegini selalunya kita lihat dan tahu berdasarkan filem atau drama di kaca TV. Tetapi kalini ianya adalah realiti benar-benar terjadi iaitu pesakit Ustaz Din (yang merawat janda yang dikatakan diganggu). Sebelum ini, foto-foto anak patung beruang warna merah jambu yang dibakar telah tular di media sosial pada Khamis, kerana dikatakan mengganggu pemiliknya 'bear' tersebut. Ia persis filem yang mengisahkan tentang anak patung popular Annabelle yang berhantu.

Rawatan semalam. Bila pesakit dirukyah (bacaan ayat al-Quran untuk memohon bantuan perlindungan)... anak patung terpaksa dibakar kerana terdapat gangguan... sapuan minyak pada patung tersebut yang menyebabkan pesakit akan sakit berterusan selagi tak dibuang atau dibakar. Allahu Rabbi (Ya Allah Ya Tuhanku),” demikian posting yang dipetik dari halaman Facebook Perawatan Ustaz Din.




Menurut mstar online, pengamal perubatan Islam yang dikenali Ustaz Din memberitahu, kisah gangguan disebabkan anak patung beruang itu sebenarnya merupakan rawatan yang dilakukan pada pertengahan bulan lalu, membabitkan seorang pesakit wanita yang berusia 20an.


Ustaz Din

Ustaz Din atau nama sebenarnya Mohd Khairuddin Ibrahim berkata, wanita berkenaan merupakan seorang janda anak satu dari Pantai Timur.

Kami diberitahu yang pesakit telah terkena gangguan misteri sejak kira-kira empat bulan lalu, menyebabkan dia sakit-sakit badan, sakit kepala dan asyik termenung.
“Jadi, kami pun melakukan ‘rukyah’ bagi mengenal pasti sama ada dia terkena gangguan atau tidak. Ya, dia terkena sihir, alami gangguan jin, dan puncanya daripada sebuah anak patung,”.



Mengulas lanjut, Ustaz Din yang menjalankan rawatan gangguan jin sejak tiga tahun lalu berkata, pesakit memberitahu bahawa anak patung beruang tersebut merupakan hadiah sambutan hari lahirnya yang diberikan oleh bekas kekasih.

Dia mendakwa anak patung beruang milik pesakit itu telah disapu minyak pengasih, iaitu perbuatan sihir yang digunakan sebagai penunduk tetapi menegaskan perbuatan itu adalah haram dan syirik.



Saya melakukan rawatan antaranya ‘berdialog dengan jin’ yang menemukan kami dengan punca sebenar pesakit ini mendapat gangguan.

“Minyak pengasih itu disapu pada bahagian tangan anak patung beruang. Sebab itu, pesakit asyik termenung dan teringatkan bekas kekasih,” kata pengamal perubatan yang berpusat di Pasir Puteh, Kelantan ini.


Ustaz Din diberitahu bahawa anak patung itu disimpan di rumah pesakit memandangkan ia adalah hadiah hari lahir, selain pesakit mempunyai anak yang masih kecil untuk ia dijadikan permainan.

Tapi sepanjang anak patung itu ada di rumahnya, dia diganggu macam-macam. Tapi pesakit tak tahu ‘benda’ tu menumpang pada anak patung,” katanya sambil menambah ia merupakan kes kelima yang dikendalikannya membabitkan gangguan misteri menggunakan anak patung.

Walaupun pesakit tersebut telah beberapa kali menjalani rawatan dengan beberapa pengamal perubatan lain dan pulih tetapi dia kembali diganggu. 

Jelas Ustaz Din, kemungkinan pesakit itu sebelum ini hanya disembuhkan penyakitnya tetapi memandangkan anak patung yang menjadi perantara kepada gangguan, maka dia kembali sakit.





Jadi, dengan bantuan Allah SWT, kami berusaha membantu merawat pesakit ini. Menerusi sesi rawatan kedua, kami melakukan ruqyah di samping membakar anak patung itu yang menjadi ‘rumahnya’ selama ini.
“Alhamdulillah, pesakit itu dapat disembuhkan, tiada lagi gangguan. Dia telah melakukan rawatan susulan selepas itu,” katanya. 
Ustaz Din berkata, bukan semua manusia berniat baik kerana ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’, maka sentiasalah berhati-hati dalam perhubungan dan pergaulan.
“Semakin akhir zaman, sihir semakin berleluasa dalam pelbagai cara, ada minyak dagulah, nasi kangkanglah. Jadi, sentiasa dekatkan diri dengan Allah SWT, bersolat dan berdoa kepadaNya. 
“Amalkan juga bacaan Al-Fatihah, tiga ayat Qul bagi mendapatkan perlindungan. InsyaAllah akan dilindungi daripada segala gangguan,” katanya, sambil menambah setiap khidmat rawatan yang dilakukannya adalah secara percuma.

Sumber : mstar, Facebook Perawatan Ustaz Din

No comments

Powered by Blogger.
a