Header Ads

"Kau pergi la kahwin dengan dia!", Alyah mengamuk di Instagram Ramli MS



Selepas rumah tangga yang dibina sejak 18 Mac 2013 antara Datin Alyah dan Dato' Ramli MS, kini dikejutkan dengan komen Alyah pada Instagram suaminya itu seakan-akan rumah tangganya sedang bergolak.

Menerusi ruang komen Instagram Dato Ramli MS, Alyah dengan nama instagram yang digunakan iaitu @alyah81 meninggalkan komen dan menyindir Ramli MS yang memuat naik video  memperlihatkan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad di Konsert GV 5 baru-baru ini, membuat ucapan hari jadi kepada Ramli.

Penyanyi terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu membuat sindiran berbunyi seolah-olah sambutan hari jadi seperti itu yang digemari suaminya berbanding bacaan al-Quran yang dibuat di rumah bersempena hari jadi Ramli.


"Macam ni la yang dia suka... Sambutan birthday macam ni la yang dia nak. Kalau kita buat bacaan al-Quran kat rumah dia panas duduk kejap je, terus nak keluar main snuker," tulisnya.



Bagaimanapun komen tersebut mendapat perhatian pengikut Ramli yang menyifatkan ia sebagai tidak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya. Malah ada menyifatkan tindakan Alyah menyindir Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.



Namun begitu, Alyah yang membalas komen tersebut meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya.

Perbalahan itu tidak berakhir di situ apabila ada netizen yang ingin mencarikan wanita lain untuk Ramli bagi menggantikan Alyah.


"Kau pergi la kahwin dengan dia... Baru kau tahu dan kau telan balik ayat-ayat puji kau tu mangkuk!

"Dan untuk pengetahuan kau, semua ayat aku text ni aku belajar dari @tokram_ramlims," balasnya.

Terdahulu Alyah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik beberapa luahan berbaur kecewa di story Instagram miliknya. Alyah turut memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia dan kenyataan itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung rumah tangganya dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.


Alyah dalam salah satu status yang dikongsinya mengakui dirinya sedang beremosi dan memohon pihak luar tidak menasihatinya kerana mereka tidak merasai apa yang sedang dilaluinya.

Video yang dimuat naik oleh Ramli MS.



Dalam pada itu, Alyah turut memuat naik gambar Allahyarham bapanya, Abu Hasan dan memberitahu sekiranya bapanya masih hidup pasti tiada siapa yang berani mempermainkannya.

"Sekiranya Apak (Bapa) masih hidup sudah tentu tak akan ada orang yang akan mempermain-mainkan aku," katanya.

Sumber : Instagram Ramli MS , Alyah





No comments

Powered by Blogger.
a