Pegawai Rusia berkata, Albert Yepremyan, 25, meninggal dunia pada malam kelmarin akibat terkena gear pendaratan pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Moscow ke Athens di Lapangan Terbang Sheremetyevo. Lelaki itu ditemukan selepas kru pesawat itu memaklumkan kawalan trafik udara agar menyiasat insiden itu, selepas dipercayai melanggar ‘binatang’ di landasan terbang dalam ke­adaan gelap.