Makanan Popular sempena Perayaan Deepavali
6 November 2018 merupakan perayaan Deepavali bagi penganut agama Hindu dan kaum India. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada pengetahuan tentang makanan semua perayaan oleh sebab Malaysia adalah negara pelbagai kaum. Kaum selain daripada kaum India juga boleh cuba makanan tradisional ini sebab sangat menarik dan sedap.
Makanan tradisional yang popular bersempena Deepavali :
![]() Thosai
Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu Utama dalam hidangan Hari Deepavali Thosai kebiasaannya enak dimakan bersama kuah "sandhini". Ini adalah makanan tradisional berasal dari India. Thosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Thosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam thosai, terdapat inti kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga ranggup.
|
![]() |
Murukku
Murukku merupakan makanan kegemaran semua kaum lain yang menetap di Malaysia bukan sahaja kaum India. Ia dijadikan sebagai makanan ringan dan ianya seakan-akan 'non-stop snacks' sambil membuat kerja lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional berasal dari India ini diperbuat daripada urad dan tepung beras. Rasanya sedap, lemak dan rangup sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.
Vadai
Vadai dan peminat makanan India Selatan tidak boleh dipisahkan, Setiap kali ke kedai makanan India Selatan, tidak sah kalua anda tak bawa pulang beberapa ketul Vadai untuk dinikmati kemudian. Vadai ialah kuih bergoreng yang diperbuat daripada ubi atau ataupun kacang dal. Paling sedap jika makan bersama penambah selera cili hijau besar.
|
![]() |
Idhili
Idhili adalah makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India pada hari Deepavali. Ia mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Idhili dimakan Bersama sandhini atau kari ayam, dal dan lain-lain. Ia sesuai dimakan untuk sarapan pagi ataupun makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
![]()
Kuih Rawa Urundai
Kuih Rawa Urundai ini pula adalah kuih yang kurang manisnya. Ramai yang tidak mengetahui tentang kuih ini. Ramuannya adalah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi.
![]()
Kuih Nei Urundai
Kuih Nei Urundai merupakan kuih yang manis. Rupanya sama seperti rawa urundai tetapi rasanya lebih manis. Kuih ini sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang. Bahannya adalah tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi. Kanak-kanak juga menggemari kuih ini.
![]()
Kuih Jillebhi
Kuih Jillebhi ini sangat manis rasanya. Rupanya seperti murukku.
![]()
Kuih Athirasam
Kuih Athirasam merupakan kuih manis. Bentuknya sama seperti kuih donat tetapi warnanya gelap. Ramuannya adalah tepung berasa, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak. Kuih ini tahan sehingga 6 bulan.
![]()
Kuih Maisur Pahku
Kuih Maisur Pahku antara kuih yang manis.
Kuih Alva
Kuih Alva merupakan kuih manis dan bentuknya seperti kuih dodol tetapi warnanya merah.
![]()
Kuih Paal Guva
Kuih Paal Guva adalah kuih manis juga dan lembut. Ramuannya ialah susu segar lembu, gula dan garam.
Kuih Ladhu
Kuih Ladhu merupakan makanan yang manis rasanya. Ianya mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gula, garam dan minyak sapi.
Source : Zayan.my
|
Post a Comment