Header Ads

MEMANG TAK AMBIL SPM, TAPI…


Penyanyi Irfan Haris Othman baru-baru ini telah menjelaskan yang dia memang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebaliknya mengikuti peperiksaan Cambridge IGCSE di Sekolah Antarabangsa Tenby Setia Eco Gardens, Johor Bahru, bulan lalu.

Source: Irfanharis's twitter

Irfan, 17 berkata persoalan ini timbul selepas dia pergi bercuti di Australia baru-baru ini. “Peperiksaan saya berlangsung pada 22 Oktober hingga 13 November lalu. Ia juga peperiksaan besar seperti SPM. Saya ambil 10 mata pelajaran cuma kurikulum pembelajaran adalah dari United Kingdom.”

“Ramai yang tanya saya kenapa tak ambil SPM. Sedangkan sebelum ini saya pernah cakap yang saya tidak bersekolah di sekolah kerajaan. Apabila masih ada yang keliru, saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.

“Diharap dengan penjelesan ini, mereka faham dan tidak akan timbul lagi persepsi negatif,” katanya kepada Harian Metro. Irfan yang popular menerusi lagu Redha berkata sepanjang sebulan, dia menyah-aktifkan semua akaun media sosial. Malah dia turut meluahkan rasa lega dan tinggal menunggu keputusan peperiksaan yang dijangka diumukan awal tahun depan.

“Alhamdulillah , ada senang dan susah. Saya sudah buat yang terbaik dan berserah kepada Allah SWT. Saya sudah merancang untuk menyambung pelajaran di peringkat Diploma Seni Persembahan di kolej swasta si Shah Alam pada November tahun depan.

“Namun, sebelum itu saya mahu fokus kepada kerjaya nyanyian dulu. Perkara ini saya sudah bincang bersama ibu bapa dan mereka bersetuju,” katanya.
Bagi melancarkan aktiviti seni, irfan mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap bersama kakaknya yang juga penyanyi,  Amira Othman.



No comments

Powered by Blogger.
a