Header Ads

NINA ISKANDAR MANGSA LANGGAR LARI, KERETA ‘TOTAL LOST’.



Pelakon Nina Iskandar atau Nur Akmalina Binti Iskandar,27, telah terlibat di dalam kemalangan langgar lari apabila kereta yang dipandunya dilanggar oleh dua buah kereta di ibu negara, semalam. Berikut ialah posting dari PA Nina Iskandar.

Salam bagi semua peminat @ninaiskandar, saya salah seorang wakil pihak P.A beliau ingin maklumkan bahawa beliau berada dalam keadaan selamat, cuma perlukan rehat...
Bagi team production maaf sekiranya berita lambat diberitahu...
Nina skrg agak sukar nak berkomunikasi akibat kecederaan yang dialami...
InshaAllah sy dan team yg lain akan maklum berita selanjutnya...
Kita sama2 berdoa untuk kesihatan beliau dan cepat sembuh daripada kecederaan yang dialami beliau…

Assalamualaikum.. saya selaku PA @ninaiskandar memaklumkan bahawa keadaan beliau alhamdulillah selamat cuma perlukan rehat secukupnya untuk proses pemulihan drpd kecederaan yg dialami.. mari kita doakan agar our princess speedy recovery & dipermudahkan urusan Aminn.. 🌹

Image result for NINA ISKANDAR MANGSA LANGGAR LARI, KERETA ‘TOTAL LOST’.
Source: The Trending Now

Perkara itu turut dikongsi rakan pelakon, Amyza Aznan yang turut berlakon bersama Nina dalam set drama Setelah Cinta Itu Pergi yang masih dalam proses penggambaran.
Amyza mendedahkan, akibat pelanggaran itu, Nina mengalami cedera di bibir dan dipercayai retak tulang belakang.

Menerusi kemas kini ruangan Instagram Stories milik aktres itu, dia berkongsi beberapa foto keadaan keretanya selepas dilanggar.

Selain itu, Nina berkongsi foto selfie dengan bibir bengkak serta dia juga sempat meluahkan perasaannya di ruangan terbabit.

Besarnya dugaan saya kali ini. For the past few months memang banyak betul dugaan. Insya-Allah, ada hikmah dan ganjarannya," tulis Nina.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Isteri Dalam Sangkar itu juga turut berkongsi entri Instagram yang dimuat naik oleh rakan pelakon, Amyza Aznan di ruangan Instagram Stories miliknya.

Sementara itu, pembantu peribadi Nina, Arys Khalid memaklumkan pelakon kelahiran Brunei itu sedang berada dalam keadaan selamat.

No comments

Powered by Blogger.
a