Header Ads

Operasi tukar papan tanda bahasa Cina sedang dilakukan - MBSA


Berkenaan dengan isu papan tanda bahasa Cina, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di sini ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sahaja. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mula mengeluarkan semua tanda jalan dua bahasa dan menggantikannya dengan hanya Bahasa Melayu.

"Tindakan segera telah diambil oleh pegawai kami untuk menukar papan tanda jalan dua bahasa di bandar ini," kata jurucakap MBSA dalam satu kenyataan pada Selasa. Penukaran papan tanda akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan dijadualkan siap tidak lama lagi, kata kenyataan tersebut. Operasi untuk menukar papan tanda itu perlu diselesaikan sebelum 11 Disember.

Pada Isnin gambar papan tanda  jalan di Pekan Subang dengan tuisan bahasa Cina telah menjadi tular di media sosial sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi komen dan perbahasan di kalangan netizen. Kebanyakan komen di Facebook mahu penggunaan Bahasa Melayu pada semua papan tanda jalan

Tambahan lagi, sebelum ini, seorang penduduk Shah Alam memuat naik kenyataan menerusi laman Twitternya mempersoalkan kewajaran papan tanda jalan di kawasannya dalam bahasa Cina. Kenyataan itu yang tular dalam media sosial turut mempersoalkan kedudukan tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda jalan tersebut.

MBSA ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter tersebut memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Jan 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain tulisan Rumi.

Menurut MBSA, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kawasan kampung baharu menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut. 

Sumber : BERNAMA


No comments

Powered by Blogger.
a