Header Ads

Pelbagai kisah di sebalik sebelum berlaku tragedi pesawat Lion Air terhempas


Menurut data daripada laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat telah mengalami masalah teknikal pada penerbangan petang sebelumnya seperti variasi luar biasa ketinggian dan kelajuan udara beberapa minit awal penerbangan masuk, penurunan mendadak paras 875 kaki dari tempoh 27 saat sebelum distabilkan dan kembali menerusakan penerbangan ke Jakarta.


Seorang penumpang pesawat Lion Air JT610 berkongsi pengalamannya di Instagram sewaktu penerbangan dari Denpasar ke Jakarta

Tambahan pula ada dua penumpang pesawat Lion Air yang menaiki pesawat dari Denpasar ke Jakarta telah memuat naik status di Instagram tentang sistem penghawa dingin dan lampu kabin sebelum berlepas ke Jakarta seakan bermasalah.   


(Source: http://www.tribunnews.com)

Pegawai DJPb Bangka Belitung, Sony Setiawan, selamat dari peristiwa jatuhnya pesawat Lion Air JT-610 pada Senin (29/10/2018).

Ada pegawai DJPb Bangka Belitung, Sony Setiawan, selamat dari tragedi pesawat Lion AIR jt-610 yang terhempas tempoh hari. Menurutnya, dia menghadapi kesesakan jalanraya sewaktu
Di Tol Cikampek menuju ke Bandara Soekarno Hatta. Lalu dia sampai lewat dari masa yang sepatutnya dan tertinggal pesawat. Tertinggal pesawat secara kebetulan ini membuatkan pegawai ini terselamat dari tragedi.


(Source: http://www.utusan.com.my)

Ada juga kisah permintaan terakhir pramugari Lion Air iaitu mangsa dalam tragedi menyayat hati ini. Pramugari Lion Air Anggita Eka Octavia menceritakan tentang Mery yang minta didoakan cepat bernikah. Dia berhasrat untuk menemui teman lelakinya di Acheh, akan tetapi dia perlu bekerja pada hari kejadian.



Gambar terakhir yang dihantar kepada ibunya.

Kisah yang menyedihkan lagi apabila salah seorang mangsa tragedi, Citra meminta ibu saudaranya untuk membelikannya cadar baru dan dia sudah mengambil cuti untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-26 pada 6 November nanti. Ajal maut di tangan tuhan, hajatnya tidak kesampaian. Buat kali terakhir, Citra juga meminta agar ibunya tidak memadam gambar yang dihantar kepada ibunya. Ternyata pesanan Citra itu sebagai kenangan terakhir untuk ibunya.


No comments

Powered by Blogger.
a