Header Ads

Penat Kerja 9 Jam Tanpa Rehat? Jom Amalkan 'Power Nap' 10 Hingga 15 Minit Pada Waktu Tengahari

Foto Kredit : www.wanista.com

Pernah tak korang rasa lemau bila kerja 9 jam sehari tanpa rehat yang cukup sebab lunch hour cuma sejam dan macam mana nak bahagi masa untuk rehat, makan dan solat? 

Admin nak bagi situasi, pernah tak bila ada orang segah waktu kita tengah mengantuk dan lepastu terkejut terus rasa segar ? atau pun tutup mata sekejap di R&R untuk beberapa minit dan kemudian boleh fokus semula dengan cergas? 
Haa itu lah yang dinamakan 'Power Nap'!

Boleh jadi ianya adalah satu kebaikan, namun jika terlalu lama ianya menjadi satu keburukan.

APA ITU POWER NAP ?



Sangat berguna dan bermanfaat untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi.

PERINGATAN !

TEMPOH MAKSIMUM HANYA ANTARA 15-20 MINIT SAHAJA!

Menurut hadis dan maksudnya :

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

No comments

Powered by Blogger.
a