Pengacara No. 1 Malaysia, Pak Nil 'dilamar' isteri orang
Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Paknil menunjukkan perasaan terkilan kerana diganggu oleh sepasang suami isteri yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau baru-baru ini menerusi luahannya di laman Facebook.
![]() |
Menerusi laman Facebook Pak Nil
|
Ini dia! Kegilaan apakah ini? Sebelum dtg dia bilang nak bagi cake harijadi pd Paknil. Bila muncul si lelaki bagi surat dan yg perempuan pegang cake. Bila dibaca surat, rupanya Yg perempuan adalah isteri kpd lelaki itu. Surat itu melamar paknil menjadi suaminya. Dlm surat ni dia kata sahabat, padahal suami dia! Mereka ada 6 org anak dan masih tinggal sebumbung! Paknil call dan ckp dgn suaminya. Heran seperti suaminya mengizinkan ini semua berlaku -Pak Nil-
Menurut penjelasan Pak Nil, beliau didatangi oleh seorang lelaki yang membawa sepucuk surat yang ditulis oleh seorang wanita yang berhasrat untuk meminang Pak Nil untuk dirinya.
“Pelik kerana wanita itu sebenarnya isteri kepada lelaki yang berkenaan dan perbuatan ini bukan satu gurauan sebaliknya ia adalah gangguan emosi terhadap Pak Nil dan memalukan,” itu antara maklumbalas yang dapat dihuraikan berdasarkan rakaman video Pak Nil semalam.
Pak Nil berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk melaporkan perbuatan ini kepada polis sekiranya gangguan itu diterimanya secara berterusan.
Post a Comment