Sessions, penyokong awal Trump yang membuat kejutan dengan menarik diri daripada siasatan ke atas campur tangan Rusia semasa kempen pilihan raya Presiden 2016, dalam satu surat kepada Presiden berkata, dia meletak jawatan ‘atas permintaan anda
Peletakan jawatan Sessions merupakan tindakan yang pertama dalam kalangan penjawat berprofil tinggi ketika Trump bakal membentuk semula pasukannya untuk menghadapi pemilihan semula Presiden pada tahun 2020.
Trump melantik Ketua Staf Sessions, Matthew Whitaker sebagai pemang­ku Peguam Negara AS dan berkata, beliau akan mencalonkan seseorang untuk jawatan itu tidak lama lagi.
Trump pada sidang akhbar juga memberi amaran bahawa beliau akan menggunakan pendekatan seakan-akan ‘perang’ jika Demokrat cuba menyiasatnya.
Parti Demokrat kini akan mengetuai jawatankuasa Dewan Senat yang boleh menyiasat pulangan cukai Presiden yang Trump enggan serahkan, kemungkinan berkaitan konflik kepentingan perniagaan dan apa-apa hubungan antara kempen Presiden 2016 dengan Rusia, perkara yang disiasat Peguam Khas AS, Robert Mueller.
Mueller diawasi oleh Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein yang mela­porkan kepada Sessions.
Trump berkata, beliau boleh memecat Mueller jika mahu tetapi teragak-agak untuk mengambil langkah itu.
“Saya boleh pecat semua orang sekarang, tetapi saya tidak mahu me­lakukannya kerana secara politik saya tidak suka menghentikannya,” kata Trump.
Demokrat akan menggunakan majoriti baharu mereka untuk membalikkan apa yang mereka lihat sebagai pendekatan sembunyi tangan oleh Republikan khususnya melibatkan dasar luar Trump, dan menolak usaha yang lebih keras dengan Rusia, Arab Saudi dan Korea Utara. 
Sumber : Kosmo Online