Menurut Ketua Pesuruhjaya Sumpah,Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull beliau sudah berjumpa Menteri Pendidikan dan mengesyorkan supaya subjek rasuah dijadikan subjek wajib dan diadakan peperiksaan.
Atas faktor ketika ini yang amat membimbangkan, diperingkat awal perlu ditanam benci rasuah. Pelakuan rasuah yang berlaku di negara ini sangat memalukan dan amat membimbangkan sehingga hari ini negara luar memandang Malaysia sebagai negara kleptokrasi. Lebih teruk lagi, terkini pelakuan rasuah juga merebak di sekolah yang turut membabitkan pelajar dan guru.
Menurut ulasan Ketua Pesuruhjaya Sumpah, beliau berkata, “Ada kes guru meminta ‘anu’ atau seks daripada pelajar bagi membolehkan lulus peperiksaan.
“Malah ada juga kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dilantik sebagai ketua kelas dan juga sokongan sebagai ketua pengawas,” katanya.
“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu.
"Tapi saya ini tak suka cakap tak benar, saya cakap terus terang, rasuah di Malaysia membimbangkan, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2014 markah kita 52 sahaja dan menunjukkan trend penurunan sehingga kepada 47 markah tahun lalu," katanya.
Sumber : Utusan Online