Header Ads

"RM100k Teramatlah Besar Bagi Orang Biasa Macam Saya, Mustahil Untuk Dapatkan Walau Dapat Hidup 100 Tahun Sekalipun," - Rintih Sayu Penyebar Filem Munafik 2



Berkaitan kenyataan dari Pengarah filem Munafik 2 ini kepada si pesalah yang berdegil memuat naik filem itu di laman sosial tempoh hari....


Lalu, pihak Skop Production telah memberikan kenyataan berhubung sesi pendengaran bagi Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Datuk Yusuf Haslam, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd dan Syamsul Yusof, Pengarah filem Munafik 2 terhadap Defendan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah yang telah difailkan pada 8 Oktober 2018 lalu.

Pengarah dan juga penerbit filem Munafik ini telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang telah berdegil dan melanggar hakcipta filem tersebut dengan memuat naik di laman sosial facebook dan instagramnya melalui profil akaun Sasuke Kun dan @muhammad_izwan_shah.

Filem tersebut kemudiannya telah tersebar luas dan dikongsi dibeberapa laman media sosial untuk tontonan umum. 

Kemudian, pihak hakim dan plaintif serta defendan telah merekodkan perintah-perintah dan orang yang disaman hendaklah membayar sebanyak RM100,000.00 kepada plaintif atas sebab melanggar hak cipta filem Munafik 2, memuat naik filem Munafik 2 dan mana-mana bahagian daripada filem tersebut, dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan Plaintif. 

Selepas saman dikenakan, individu bersalah tersebut membuat luahan sayu dan permohonan maaf tanda penyesalan penyebaran dan mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan pengarah dan penerbit Munafik 2 ini di laman Facebook.


Ini adalah kenyataan penuh dari pemegang akaun Izwan Shah yang telah dikenakan saman atas sebab menyebarkan filem secara haram untuk tontonan umum di Facebook pada 13 November 2018.


بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
saya yg bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Production terutamanya kepada Dato' Yusof Haslam dan anak beliau Dato' Syamsul Yusof kerana saya telah menyusahkan dato' dalam beberapa bulan ini, dan juga ingin memohon maaf kepada P.A dato' dan adik perempuan dato sendiri kerana telah mengeluarkan kenyataan yg menyinggung perasaan mereka
saya sekali lagi dgn rasa rendah diri... menyatakan saya amat menyesal dgn kesalahan yg telah sy lakukan. Tindakan makhamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100k sbg gantirugi kpd pihak skop btul2 membuatkan sy tersentak. Tapi sy sgt2 bersyukur,kerana tidak dikenakan hukuman penjara.. sekurang kurangnya sy masih berkesempatan utk menjaga kedua dua ibu bapa sy yg kian meningkat usia.
saya xkisah sy xde kereta, xde rumah sendiri, walau xde jodoh sekalipun (xkahwin)... yg penting sy masih diberi peluang utk menjaga ibu bapa sy.. biarpun sepanjang hayat sy bkerja keras semata2 utk membayar gantirugi kepada pihak skop.. nilai RM100k tu teramatlah besar bg org biasa mcm sy... mustahil utk sy mendapatkan jumlah tersebut walau sy dpt hidup 100 thn sekalipun.. tp sy berjanji sy akan bayar juga walaupun sikit2 kpd pihak skop..
Ini lah pengajaran utk sy yg Allah turunkan.. dan sy berharap sgt ini juga blh menjadi pengajaran utk org lain. Mana2 individu kt luar sana yg berhasrat atau sedang giat melakukan aktiviti2 sharing link mahupun aktiviti2 yg melanggar hakcipta ini TOLONG LAH HENTIKAN, KERANA NEGARA KITA ADA UNDANG-UNDANG.
JGN ANGGAP BENDA NI MUDAH DAN RINGAN.. KERANA SAYA PUN MCM TU GAK PERMULAANNYA TAPI TENGOKLAH SKRG.. KESAN DAN IMPLIKASI NYA YG SY SEDANG HADAPI
dunia skrg makin canggih, sedangkan msg2 dlm app whatsapp pun blh ditrace/reveal semula.. sbbnya data tu semua stored dlm cloud storage (Malaysia ada satu "single server" khas utk whatsapp) yg ramai org taktau.. kalau IP address lagi senang nk trace...walaupun anda pakai VPN sekalipun, mereka blh trace anda by ISP... sbb tu jgn anggap mudah perkara2 sebegini.
undang-undang tak mengenal jantina, pangkat, mahupun paras rupa tapi ia adalah SESUATU yg mesti DIPATUHI... yg mana salah tetap akan salah dan akan dijatuhkan hukuman yg telah ditetapkan.
Saya menyesal dan tak akan ulangi perkara mcm ni lg. saya akui saya byk share link movie... 
sbbnya telah menjadi hobi sy utk share sesuatu.. dan rupanya hobi sy ni telah memudaratkan diri sy sendiri..

kepada kawan2 yg mengenali diri ini, mahupun kawan2 di dunia maya serta tidak lupa kpd individu2 yg prihatin akan sy... sekali lg sy memohon maaf.. kalau2 chat anda / komen anda sy tak reply dgn detail.. sbb anda sendiri blh lihat kesan & implikasi nya skrg
mak.. ayah,,, iwan minta maaf.,. sbb byk myusahkan mak ayah... dr kecik smpai la dh dewasa masih lg myusahkan mak ayah... di kesempatan yg Allah beri ni.. berilah iwan peluang utk membalas jasa mak & ayah dgn menjaga mak ayah sepanjang hayat iwan... iwan janji xkan ulang lagi perbuatan ni dan xkn myusahkan mak ayah lg...
sy btul2 menyesal dgn apa yg telah terjadi .. sy xsangka perkara yg sy anggap remeh selama ini.. blh jd sebesar ini..dan sehingga menggelapkan masa depan sy... ðŸ˜¥ðŸ˜¥ðŸ˜¥

Kenyataan dari pesalah ini juga mendapat perhatian Netizen.




Admin nasihatkan kepada semua agar lebih berhati-hati selepas ini. Hidup kita semua perlu mengikut undang-undang. Bukan sekadar dari apa yang telah dilalui oleh bro ini saja, tetapi, semua perkara sebelum dibuat perlu difikir dahulu baik buruknya dan apa kesan kepada diri juga orang lain. Adakah menimbulkan kerugian pada kita atau orang lain kelak.....Sama-sama kita ambil iktibar, jika nasi sudah menjadi bubur, menyesal tak berguna.....



No comments

Powered by Blogger.
a