Header Ads

Ronaldo, Messi masih terbaik: Mbappe


Foto Kredit : Berita Harian 
Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe berkata, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kekal sebagai pemain bola sepak terhebat tetapi prestasi luar biasa ketika kempen Piala Dunia mampu membantunya merangkul anugerah Ballon d’Or 2018.
Mbappe, 19, membantu Perancis merangkul trofi Piala Dunia apabila dia menjaringkan empat gol sepanjang kempen di Russia.
Satu daripada empat gol itu hadir ketika Les Bleus menewaskan Croatia 4-2 pada aksi final - dia muncul pemain remaja kedua menjaringkan gol pada final selepas Pele pada 1958.
Mbappe juga dipilih sebagai pemain muda terbaik kejohanan dan sejak itu dia mengukuhkan reputasinya dengan kini menjadi pendahulu penjaring terbanyak Liga Perancis apabila mengumpul 11 gol.
Messi dan Ronaldo memenangi 10 anugerah terakhir Ballon d’Or.
“Tiada siapa yang melakukan lebih baik daripada mereka buat masa sekarang. Anda tidak boleh katakan era mereka sudah berakhir kerana ia hanya akan berakhir apabila ada orang lain melakukan lebih baik berbanding mereka,” kata Mbappe.
Bagaimanapun, penyerang muda itu berkata, dia tidak fikir salah seorang daripada dua ikon bola sepak dunia itu akan memenangi anugerah Ballon d’Or tahun ini.
“Saya tidak fikir mereka akan menang kerana ini tahun Piala Dunia dan prestasi pemain pada kejohanan itu lebih diberi keutamaan,” katanya.
Ketika Mbappe menjulang trofi Piala Dunia, Messi dan Ronaldo pula terpaksa menyaksikan pasukan mereka Argentina serta Portugal tersingkir pada pusingan 16 terbaik.
“Namun, jika anda menilai dari aspek prestasi, tiada pemain yang lebih baik daripada mereka. Tahun ini mereka kekal dua pemain terbaik.
“Messi menamatkan saingan sebagai penjaring gol terbaik di Eropah manakala Ronaldo penjaring terbanyak Liga Juara-Juara,” kata Mbappe.
Kali terakhir pemain Perancis memenangi anugerah Ballon d’Or adalah Zinedine Zidane selepas membantu pasukan itu muncul juara Piala Dunia 1998. - AFP
Sumber : Berita Harian 

No comments

Powered by Blogger.
a