Header Ads

SALAMIAH HASSAN KECEWA LAYARLAH KEMBALI GAGAL KE AJL


Penyanyi Salamiah Hassan meluahkan rasa kecewanya di instagram selepas lagu ciptaan komposer Aubrey Suwito, Layarlah Kembali gagal ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).
Beliau berpendapat, lagu dan lirik tersebut disusun dengan sangat baik dan sepatutnya layak dipertandingkan.
Penyanyi yang sudah mencipta nama dalam industri selama lebih 40 tahun ini meluahkan rasa kecewa terhadap industri muzik menerusi laman sosialnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Suatu Penantian ini memberitahu tujuan dia memuat naik status tersebut bukan semata-mata untuk mencari kontroversi.
Namun, dia menyuarakan pendapatnya kerana tidak tahan melihat keadaan industri muzik sekarang.
"Saya tak suka nak mencari kontroversi atau nak popular dengan memuat naik status sebegitu. I am survivor singer dan masih lagi menerima tawaran.
"Tapi saya perlu katakan sesuatu sebab sudah lama saya mendiamkan diri melihat keadaan industri.
"Saya sedih melihat industri muzik kini yang tidak lagi mengutamakan karya yang bagus," ujarnya.
Mokhzani selaku ketua juri Semi Final Muzik-Muzik 33, berkata, lagu ciptaan Aubrey Suwito sebuah karya yang baik namun terlalu sukar untuk diterima pendengar di Malaysia.
Barisan juri turut dibarisi oleh komposer Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer dan Cat Farish.

No comments

Powered by Blogger.
a