Header Ads

SAYA BUKAN PONDAN…


Kisah duyung secekak yang diterbitkan akhbar Metro pada 25 November yang lalu, bukan saja viral bahkan jantina  wanita dikenali sebagai Beby Maembong itu, menjadi pertikain netizen yang menuduhnya pondan.
Malah ada yang mengecam pengusaha bengkung Slimdollz itu kerana menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Penampilan sebagai duyung membuatkan netizen keliru status jantinanya, Beby Maembong atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail, 29 berkata solekan sebegitu hanyalah untuk tujan fotografi sahaja.
Beby Maembong adalah kakak kepada pelakon terkenal iaitu Chacha dan Emma Maembong.

Beliau bukan sahaja wanita tetapi isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata.

"Behind the scenes menjadi mermaid.. First experience jadi mermaid.. Excited and happy sangat..

"Dari kecik memang sukakan mermaid... Tapi masa kecik-kecil, muda-muda dulu I tak mampu nak jadi mermaid....

"Nak beli fins mahal sangat.. RM3,000 sehingga RM5,000.. Ada yang sampai lebih RM10,000 hehehe.. But I still love mermaid... Biarlah korang nak cakap apa pun..

"For me I tak pernah hina atau kutuk apa-apa yang orang lain minat... Korang minat Keluangman, Ironman, Ultraman, other woman man pun I tak kutuk..

"Minat masing-masing, hormat satu sama lain... Next I nak shoot dalam laut pula.. Enjoy wearing those fins.. Senang sangat nak swim around," tulis Beby.

No comments

Powered by Blogger.
a