Header Ads

Tahniah! Abam Bocey bakal jadi 'Daddy'


Tahniah! Salah seorang ahli kumpulan Bocey, Abam bakal menimang cahaya mata menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

 Abam memuat naik gambar 'Buku Rekod Kesihatan Ibu' atau 'buku pink' tertulis nama isteri, Siti Norhidayah binti Mohd Ali yang kini mengandungkan anak pertama hasil perkahwinan mereka hampir setahun. Tertera juga nama penuh Abam Bocey pada buku itu iaitu Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Abam menyatakan ucapan syukur tak terhingga dengan nikmat tak terhingga atas kurniaan zuriat pertama mereka.

"Alhamdulillah, terima kasih semua, syukur Alhamdulillah, ALLAHUAKBAR," tulisnya.




Abam juga ada memuat naik di Instagram ucapan "Kehadiran Yang sangat Di nanti" tanda penantian mereka suami isteri untuk menimang cahaya mata pertama dan lahir dengan selamat.




Rata-rata Netizen dan pengikut di Instagram Abam Bocey mengucapkan tahniah kepada mereka suami isteri.


Sumber : Instagram Abam Bocey

No comments

Powered by Blogger.
a