Header Ads

TERKINI ! ISRAEL KEJAM MENYEBABKAN ENAM TERBUNUH DI GAZA

TENTERA Israel membunuh sekurang-kurangnya enam Palestin di Semenanjung Gaza semalam. - Foto EPA

Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya enam Palestin di Semenanjung Gaza semalam dalam satu serangan yang menyasarkan komander pejuang Hamas.
Menurut Hamas, serbuan Israel itu turut dibantu serangan udara bagi membolehkan mereka melarikan diri menggunakan kereta ke sempadan Israel.
Pejuang Hamas membalas bedilan itu dengan serangan roket dari kubu kuat mereka, namun tentera Israel mendakwa berjaya memintas dua daripada serangan roket terbabit.
Tidak laporan kecederaan atau kerosakan diterima dari sempadan Israel setakat ini.
Serangan itu juga memaksa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memendekkan lawatannya ke Paris bersempena memperingati Perang Dunia Pertama bersama pemimpin dunia lain.
Hamas berkata kejadian bermula apabila penyerang yang menaiki sebuah kereta melepaskan tembakan ke arah pejuangnya dan membunuh salah seorang komander.
Menurut saksi, ketika mengejar kenderaan berkenaan, pesawat Israel melepaskan lebih 40 peluru berpandu di kawasan itu.
Pegawai Perubatan berkata sekurang-kurangnya enam orang terbunuh termasuk komander Nour Baraka dan seorang lagi anggota kumpulan itu.
Keganasan sering tercetus di sempadan sejak rakyat Palestin memulakan protes mingguan pada 30 Mac lalu.
Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih berusaha ke arah mencapai persetujuan gencatan senjata jangka panjang. - Reuters
Sumber : Berita Harian Online 

No comments

Powered by Blogger.
a