Header Ads

TERKINI! Si pelaku letak jarum jahitan dalam buah strawberi akhirnya didakwa!

Strawberi yang ditemui ada jarum didalamnya

Perbuatan terkutuk kerana jarum jahitan ditemui di dalam beberapa bekas strawberi sehingga mencemarkan jenama buah strawberi tiga jenama pengeluaran buah terbabit di negara itu terpaksa ditarik balik, akhirnya seorang wanita berusia 50 tahun bakal dihadapkan ke mahkamah hari ini selepas polis mendakwanya atas tuduhan mencemarkan strawberi dengan jarum.
Industri strawberi Australia yang bernilai kira-kira AS$116 juta (RM485 juta) terjejas September lalu selepas hampir 200 aduan diterima membabitkan penemuan jarum jahitan di dalam strawberi dan buah-buahan lagi.
Sejumlah pasar raya besar menarik balik tempahan kerana pelanggan takut untuk membeli sekali gus memaksa petani membuang buah itu ketika ancaman muflis semakin meluas.
Polis Australia berkata hari ini, seorang wanita berusia 50 tahun didakwa ke atas tujuh kes pencemaran, tuduhan pertama yang dibentangkan dalam kes itu.

Pihak berkuasa Australia, semalam memberi amaran kepada penggemar buah strawberi agar memotong buah itu terlebih dulu sebelum makan.


Pihak berkuasa, meminta orang ramai membuang buah strawberi yang dibeli dari pasar raya Woolworths Group jika mendapati ia dari jenama Berry Licious atau Berry Obsession selepas tiga bungkusan yang ditemui ditanam dengan jarum.
Berikutan dengan kes ini pada September lalu ada habuan untuk siapa yang memberi maklumat untuk membantu siasatan. Akhirnya, si pelaku sudah pun didakwa. 

Sumber : Bharian



No comments

Powered by Blogger.
a