Header Ads

TIPS BANGUN PAGI!


Zaman sekarang ni, memang susah nak tengok anak-anak muda nak bangun awal pagi. Lagi-lagi di hujung minggu, anak muda kini lebih gemar berjaga di tengah malam dan bangun di tengah hari. Berikut admin nak kongsikan beberapa tips untuk bangun pagi.
  1. TIDUR LEBIH AWAL. Hindari berjaga di waktu malam, boleh je nak berjaga lewat malam tapi  kalau boleh biarlah bila perlu sahaja.Elakkan menonton filem, bermain permainan, berchatting dan sebagainya di lewat malam. Gunakan waktu rehat anda sebaik mungkin.
  2. SET ALARM. Tak salahkan jika kunci jam untuk berjaga awal pagi. Hal ini akan menjadikan anda lebih berdisplin. Masa pun dapat diurus dengan lebih baik. Macam-macam perkara tau boleh dilakukan di awal pagi jika anda dapat uruskan masa dengan sebaiknya. Tapi jangan pula kunci alarm lagu yang membuatkan anda teruskan tidur pula.
  3. PELIHARA AYAM. Jika anda tinggal di kampung bolehla bela ayam. Ayam ni banyak manfaatnya, orang zaman dahulu pun banyak yang pelihara ayam menggantikan alarm. Cara ni mungkin boleh digunakan, macam menarik kan.
  4. BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG SUKA SENAMAN. Sahabat sebenarnya banyak memainkan peranan untuk mempengaruhi aktiviti seharian anda. Jadi jika anda ada rakan yang rajin bersenam/ jogging waktu pagi,lama -lama anda pun akan buat perkara yang sama. Di samping dapat membina otot badan, badan pun akan sihat serta merta.
  5. NIAT SUNGGUH-SUNGGUH UNTUK BANGUN PAGI. Nak buat sesuatu benda anda mestilah kena tekad untuk melakukannya, jika buat hangat-hangat tahi ayam je semua perkara tidak akan menjadi bukan. Jadi sebelum tidur, anda mesti betul kan mind set anda untuk sentiasa bangun pagi di setiap hari.

No comments

Powered by Blogger.
a