Header Ads

"USAH TERLAMPAU YAKIN" - PENOLONG KAPTEN HARIMAU MALAYA, APEK

PENOLONG kapten, Khairul Fahmi Che Mat. - Foto Asyraf Hamzah


Biarpun Malaysia dilabel pasukan pilihan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, penolong kapten, Khairul Fahmi Che Mat tetap beranggapan kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang.
Khairul Fahmi atau lebih sinonim dengan dipanggil Apek mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak terlalu yakin mampu menang, kerana ia akan menjerat diri sendiri jika pemain bersikap terlalu selesa dalam pertemuan penting itu.


Baginya, semua pasukan yang bersaing dalam Piala AFF 2018 memiliki kekuatan tersendiri, termasuk anak didik V Sundramoorthy yang mahu memburu kemenangan selepas tewas 0-3 dalam aksi sulung bertemu Vietnam, Khamis lalu.
"Kita turun untuk tiga mata pada perlawanan esok. Kita akan beraksi di stadium sendiri, jadi kami akan beraksi dengan yakin, tetapi jangan terlampau yakin.
"Laos mungkin boleh membuat kejutan. Jadi kita kena fokus sepenuhnya,” katanya pada sidang media pra-perlawanan peringkat Kumpulan A, Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Ketika ini, motivasi kem negara berada pada tahap terbaik selepas membuka kempen Piala AFF dengan langkah kanan apabila menewaskan Kemboja 1-0, pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Khamis lalu.
Kemenangan kedua ke atas Laos nanti bukan saja mencerahkan laluan Malaysia ke separuh akhir, malah ia juga akan membawa kelebihan psikologi untuk berdepan dua pasukan terkuat kumpulan A, Vietnam dan Myanmar, selepas ini.
"Untuk pastikan kita lebih bersedia menentang Vietnam dan Myanmar, kita mesti lepas (menang) dengan Laos.
“Saya percaya rakan-rakan sudah bersedia untuk memberikan 100 peratus dalam perlawanan malam esok," katanya.
Sumber : Berita Harian Online 

No comments

Powered by Blogger.
a