Header Ads

(VIDEO) Sebak, ibu ayah naik pentas wakil menerima sijil di Hari Konvokesyen arwah anak




Sebak, tular di media sosial Twitter baru-baru ini melalui perkongsian saudara @aaizatnizam, tentang majlis konvokesyen tanpa anak kerana graduan tersebut telah meninggal pada 28 Januari 2018. Penganugerahan wakil kepada yang sudah tiada di muka bumi ini dinamakan Ijazah secara Anumerta. Ibu dan ayah kepada graduan yang telah meninggal dunia itu menghadiri majlis konvokesyen tersebut sebagai wakil kepada arwah anaknya yang merupakan graduan Universiti Malaysia Terengganu itu. 

Paling menyayat hati jika sebelum ini, kita dengarkan cerita tentang konvosyen anak tanpa ibu bapa atas sebab kewangan dan hal yang tak dapat dielakkan. Tapi kali ini, apa maksud Hari konvokesyen yang penuh bermakna tanpa anak yang merupakan graduan di situ.

Cerita ini tular di laman Twitter sehingga mendapat lebih 21K Retweet dari Netizen dan rata-rata menunjukkan simpati dan sedih atas pemergian graduan itu dengan melihat air muka kedua ibu bapanya yang naik ke atas pentas bagi menerima sijil Penganugerahan Ijazah secara Anumerta.










Ini adalah perkongsian video profil TV UMT Official di laman Facebook.



“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami ketika nama Nurul Fazierah diumumkan untuk menerima ijazah. Masa juga berlalu terlalu pantas buat kami sekeluarga kerana Nurul Fazierah tidak sempat memulakan latihan industri dan naik ke atas pentas ini untuk mengambil ijazahnya”

Itulah luahan Ibu kepada Allahyarhamah Fazierah di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-16 yang hadir bagi mewakili Nurul Fazierah, 24, menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) .

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Fazierah, semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.



Sumber : Twitter Aaizat Nizam & Fb TV UMT Official

No comments

Powered by Blogger.
a