Header Ads

(VIDEO) Suami Kaki Pukul, Isteri Nekad Minta Cerai, Suami Sujud dan Merayu Di Pejabat Agama


Foto Kredit : Fajar.co.id

Seorang suami bersujud di kaki isterinya di Pejabat Agama Sungguminasa Gowa, Sulawesi Selatan. Lelaki itu menangis meraung-raung dan meminta isterinya untuk membatalkan permohonan penceraiannya.

Dalam video yang tular di media sosial berdurasi 5 minit itu, kelihatan lelaki tersebut bersujud di bawah kerusi di mana tempat isterinya duduk.

Video si suami merayu pada si isteri di pejabat agama tersebut.


Si isteri berusaha menenangkan, namun lelaki itu tetap menangis. Akhirnya si isteri buat tidak peduli. Kemudian, lelaki itu bangun dan mencium tangan isterinya. Keadaan bukan bertambah tenang sejurus kelakuan si suami malahan bertambah tegang.

Beberapa orang yang berada dalam pejabat agama itu kelihatan terharu dengan perbuatan lelaki itu seakan-akan menyesali perbuatannya dan merayu dapatkan kemaafan dari isterinya. Lebih menyayat hati, orang ramai turut menitiskan air mata apabila menyaksikan kejadian itu. Dengan bantuan orang ramai, keadaan kembali tenang dan reda.


“Tenang Moko, jangan bagi malu,” kata seorang wanita dalam video tersebut.
Menurut keterangan di dalam satu video,si isteri mahu failkan penceraian atas sebab tidak mendapat nafkah dan si suami melakukan kekerasan dalam rumah tangga.
Menurut sumber, pasangan ini baru dua bulan menikah. Tetapi si lelaki sudah berani memukul istrinya.
Sumber : Fajar.co.id

No comments

Powered by Blogger.
a