Header Ads

5 Tahun Menunggu Cahaya Mata, Akhirnya Wanita Ini Dedah 1001 Rawatan Yang Dilakukan....


Setiap pasangan yang berkahwin mempunyai ujian masing-masing. Ada yang diuji di waktu persiapan perkahwinan, semasa perkahwinan berlangsung, dan juga kehidupan selepas berkahwin makan masa untuk menimang cahaya mata. Semua itu adalah ujian kepada hamba yang terpilih oleh-Nya kerana mereka mampu untuk menghadapinya.

Sudah pasti setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan untuk mempunyai zuriat namun begitu tidak semua pasangan di dunia ini bernasib baik untuk mendapatkan zuraiat pada masa yang diinginkan.

Begitu juga dengan pasangan yang sudah lima tahun berkahwin iaitu Intan Nur Elliana Zakaria dan suaminya Mohd Safiy Hafifi Mohamad. Pernah tular di media sosial Facebook hampir 5K 'share' tentang seorang istri yang membuat kejutan untuk suami tercinta dengan menghadiahkan sebuah kotak berbentuk hati.

Teruja apabila si suami membuka kotak berbentuk hati tersebut dan melihat.....


Dah lihat video penuh di atas ? Jika anda di tempat si suami, apa reaksi anda ? Pasti terharu dan sedih dalam gembira dengan kejutan yang disangka-sangka itu...

Perkongsian tentang perjalanan dan penantian cahaya mata selama lima tahun itu juga telah pun ditulis dan dikongsikan kepada umum di laman sosial Facebook.


"Alhamdulillah, 'hadiah istimewa' itu sudah menjadi milik suami dan isteri ini.."





Sesungguhnya penantian selama lima tahun itu akhirnya telah memberikan rezeki yang amat besar dan bermakna buat kedua-dua pasangan ini.


Pada 27 September 2018, puteri sulung pasangan ini telah dilahirkan dan diberi nama Delima Nur Lailasari Binti Mohd Safiy Hafifi Mohamad.





Inilah anugerah terindah buat pasangan yang menunggu cahaya mata selama 5 tahun dengan sabar...

Si ibu mendedahkan perjalanan rawatan yang diambil sepanjang penantian si comel ini.

1. 2014 - Dari segi ubat & supplements
- Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu
- Saya ambil makanan sunnah juga
- pergi bermacam2 rawatan batin (tapi xmenjadi)

2. 2015 - Check kesuburan di hospital (husband & wife), macam kami buat di hospital swasta (caj dlm rm800, haha mahal gila), check di hospital gov rasanya berganda2 murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.
- Husband ada sperm issue
- Saya ada masalah PCOS (telur byk tapi semua kecil & xmatang)
- Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori

3. 2017 - Kurangkan berat badan & jaga pemakanan:
- saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg, lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat)
- Husband ikut sikit2 je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama2.
- saya makan folic acids

4. 2017 -Akhir tahun bulan 12- Rawatan tradisional
- Husband buat rawatan urut saraf di Sg Besar, Selangor
- Sy buat sekali rawatan urut hamil di Melaka.. (bole add beliau di facebook Smiley Loly Lilley)

5. 2018- Selepas berjaya turunkan berat bdn sebanyak 15kg dlm masa 3bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan january 2018 sy disahkan pregnant..


6. September- Alhamdulillah sy dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima.



Baca perkongsian penuh di bawah:






Iktibar daripada perkongsian pasangan ini adalah ikhtiar (usaha) sebaik mungkin, pupuk sikap sabar yang tinggi dan juga perlu beri sokongan antara satu sama lain suami dan isteri kerana itu lah penguat ikatan tatkala diuji dengan dugaan apa sekalipun...


Kongsikan kepada rakan dan keluarga anda di luar sana. Semoga ada rezeki untuk semua pasangan suami isteri menimang cahaya mata. Jangan berputus asa.

Sumber : Nur Fitri Damia 









No comments

Powered by Blogger.
a