Header Ads

6 Cara 'Test' Kehamilan Zaman Dulu Yang Pelik Lagi Dahsyat



Teknologi berkembang seiring dengan era modenisasi kini, segala perkara yang dahulunya sukar kini menjadi mudah kerana terciptanya alat 'pregnancy test' di farmasi, 7E dan sebagainya. Kini sudah ada untuk membuat ujian kehamilan dan mengetahui sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak.
Ringkas, mudah dan cepat hanya perlu dapatkan alat uji tersebut, balik rumah dan lakukan ujian tersebut. Namun, ia tidak semudah ini pada zaman dahulu. 
6 cara pelik untuk menguji kehamilan pada zaman dahulu :

1. Ujian Campuran Alkohol 


Sains yang difahami kita sekarang ini tidaklah dapat difahami manusia Zaman Pertengahan. Wanita pada zaman itu biasanya diarahkan untuk kencing ke dalam balang dan cecair tersebut akan dilihat secara dekat untuk mengetahui sama ada hamil atau tidak.
Bagi mereka yang ingin lebih saintifik, mereka akan mencampurkan dengan wain merah yang akan memberikan perubahan kepada warna air kencing tersebut. Walaupun teknik ini sangatlah mentah dan tidak tepat, namun mereka masih tahu asas penting kepada menguji kehamilan iaitu menganalisa air kencing.

2. Ujian suntikan haiwan hidup dengan air kencing 


Pada awal tahun 1900an antara cara terbaik untuk mengetahui status kehamilan adalah dengan menyuntik haiwan hidup dengan air kencing dan lihat hasilnya. Secara teorinya yang mana dibuktikan benar, air kencing wanita hamil mempunyai hormon yang menyebabkan kesan kepada banyak haiwan apabila ia disuntik.
Dengan cara ini, doktor dan saintis mempunyai cara yang efektif untuk menguji kehamilan dan mengkaji perkrara ini. Haiwan yang popular digunakan ketika dahulu adalah South African claw frog . Ini kerana haiwan ini mampu bertelur sepanjang tahun dan memberikan pelbagai jawapan serta mengetahui sama ada wanita tersebut hamil atau tidak.
Jika anda ia kejam dan tak adil untuk menyuntik haiwan hidup untuk ujian ini, katak bukanlah pilihan pertama. Sebelum itu, tikus dan arnab digunakan.

3. Ujian peluntur

Wanita zaman sekarang mempunyai cara paling mudah untuk mengetahui sama ada mereka hamil atau tidak. Malah ia sangat cepat diketahui dan secara rahsia. Namun terdapat banyak cara yang anda mampu tahu sama ada hamil atau tidak tanpa perlu membeli penguji kehamilan.
Antara salah satu ujian yang agak bahaya dikenali sebagai ujian peluntur. Caranya mudah, ambil air kencing yang segar dan campurkan ke dalam peluntur, tanpa perlu menyukat sukatannya.

4. Ujian kencing ke dalam gula

Kacau larutan tersebut dan lihat apa yang berlaku. Jika campuran tersebut menjadi berbuih, anda berkemungkinan besar hamil, dan jika sebaliknya, anda tidak hamil. Ujian ini tidak digalakkan walaupun ia mampu memberikan jawapan kerana ramuan kimia yang terhasil amat berbahaya lebih-lebih lagi kepada wanita hamil.
Air kencing yang merupakan ammonia, jika bercampur dengan peluntur akan menghasilkan sejenis gas pemedih mata. Ia sangat berbahaya dan boleh membuatkan seseorang itu sakit teruk.
Jika dibandingkan dengan teknik di atas, kaedah ini tidaklah berbahaya. Ujian ini dilakukan dengan memasukkan beberapa sudu besar gula ke dalam cawan dan kencing ke dalamnya pada waktu pagi.
Mereka yang mempercayai kaedah ini mendakwa hormon dalam air kencing wanita hamil akan menyebabkan gula menjadi berketul dan bukan larut. Jika ini berlaku, wanita tersebut hamil.

Jika gula melarut, kemungkinan besar kehamilan tidak berlaku. Namun, seperti kebanyakan kaedah-kaedah ini, tiada ujian saintifik dijalankan. Juga tiada jumlah sukatan berapa bahagian air kencing yang harus dicampurkan bersama gula, membuatkan ketepatan ujian ini diragui.

5. Ujian bawang merah



Bagi Mesir Purba dan Yunani Purba, kedua-duanya dikatakan menggunakan cara yang sama melibatkan bawang merah. Caranya adalah dengan meletakkan bawang berdekatan atau lebih kerap dalam faraj wanita yang diuji, dan wanita tersebut harus tidur semalaman dengan bawang tersebut.
Jika wanita tersebut bangun keesokan paginya dan mempunyai nafas berbau bawang, makan wanita tersebut tidak hamil, dan jika sebaliknya maka wanita itu hamil.
Pada zaman itu, ada logiknya mengenai hal ini. Ia kerana minyak daripada bawang merah dan bawang putih adalah sangat kuat, jadi jika wanita tersebut tidak hamil, bau tersebut akan sampai ke saluran pernafasan dan memberikan bau bawang.
Tapi jika wanita itu hamil, bau tersebut akan terhalang daripada masuk ke saluran pernafasan. Tak dapat diketahui ketepatan cara ini namun apa yang pasti cara ini sangatlah mengerikan.

6. Melihat perubahan kepada anak mata



Bagi seorang doktor pada abad ke-16, Jacques Guillemeau, analisa terhadap air kencing adalah kaedah yang tak masuk akal dan tidak perlu. Menurutnya, terdapat cara yang lebih mudah yang dilihatkan tidak diketahui oleh doktor dan saintis lain. Beliau berkata apa yang harus dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang wanita itu hamil adalah melihat ke dalam matanya. Menurut Jacques, perubahan pada mata wanita boleh dilihat oleh seseorang doktor yang pakar sahaja. Anak mata wanita akan menjadi kecil, pembengkakan urat-urat mata di penjuru mata dan beberapa tanda lagi. Wanita tersebut juga akan menyedari kehamilan kerana penglihatannya berubah menjadi lebih jelas ketika hamil
Sumber : Toptenz 



No comments

Powered by Blogger.
a