Header Ads

Ayda Jebat punya 'Temberang' Kini Trending No. #1 Di YouTube!



Penyanyi dan Pelakon Ayda Jebat sentiasa melakukan kelainan dalam pembawakan muzik lagunya. Kini, lagu terbaru beliau baru sahaja dilancarkan dua hari lepas. 

Paling mengejutkan apabila kurang dari 48 jam, muzik video lagu baru Ayda Jebat berjudul 'Temberang' berjaya menduduki tangga pertama dan menjadi No #1 Trending carta terkini di YouTube.

"Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan trending lagu secepat ini tetapi senang apabila melihat video Temberang menduduki carta paling atas di YouTube walaupun tidak sampai dua hari ia dilancarkan" jelas Ayda.

"Mudah-mudahan , lagu ini boleh diterima dan mendapat tempat di hati semua orang," tambahnya lagi.


Setakat ini, ketika artikel ini ditulis, muzik video arahan Aaron Lee itu telah meraih lebih 596 000 tontonan, 26000 yang menyukai muzik video tersebut manakala 3700 tidak menyukai.

Rata-rata netizen memberi maklum balas positif terhadap lagu baru Ayda Jebat ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan dirinya sendiri kerana permainan melodi rancak dan lirik yang mudah dihafal.

Sementara itu, versi digital lagu 'Temberang' akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Disember ini.

Sumber : YouTube 



No comments

Powered by Blogger.
a