Header Ads

CIMB Keluar Kenyataan Media, Isu Pemilik Akaun Dakwa Wang 'Lesap' Walaupun Tiada Transaksi


Beberapa kali kes telah berlaku dan viral di media sosial tentang kes kehilangan duit daripada akaun pelanggan CIMB Berhad. Ada yang mendakwa kes tersebut berlaku adalah disebabakan wang yang telah dicuri individu yang tidak bertanggungjawab malah akaun mereka juga dapat diakses meskipun password tidak tepat.

Menerusi kenyataan media, CIMB menegaskan sistem portal perbankan dalam talian iaitu CIMBClicks adalah kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Kenyataan media CIMB Berhad



Prihatin dengan isu viral di media sosial, CIMB Bank Berhad menerusi kenyataan media di lawan web rasmi memberitahu sistem perbankan dalam talian CIMBClicks kekal selamat. Malah, semua transaksi pelanggan terus dilindungi.
Pihak CIMB bank itu ingin memaklumkan bahawa ia telah, pada hujung minggu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.
Selain daripada memastikan sistem kini boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, CIMB turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot.
Sumber : CIMB 



No comments

Powered by Blogger.
a